Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459067
Title: Perlindungan terhadap mangsa rogol menurut perspektif perundangan Islam dan aplikasi di Malaysia
Authors: Siti Nurul Amirah Ibrahim (P64045)
Supervisor: Mohd Al Adib Samuri, Dr.
Keywords: Mangsa rogol
Perlindungan
Perundangan Islam
Pandangan syarak
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Apr-2016
Description: Peningkatan kes rogol di Malaysia menunjukkan kadar yang membimbangkan dari setahun ke setahun sebagaimana statistik yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia. Apabila berlaku jenayah rogol, mangsa adalah individu yang menderita akibat jenayah dan seringkali tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Islam telah meletakkan garis panduan yang perlu diikuti dalam membela nasib mangsa jenayah termasuk rogol. Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji pandangan syarak yang bersesuaian dengan perlindungan mangsa jenayah rogol. Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi menganalisis bentuk perlindungan terhadap mangsa rogol menurut perundangan Islam dan mencadangkan reformasi perundangan perlindungan mangsa rogol di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan ialah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan. Hasil kajian mendapati pendirian syarak terhadap perlindungan mangsa rogol memang telah ditetapkan oleh Islam. Mangsa rogol tidak akan dikenakan hukuman had dan berhak memperoleh mahar mithil akibat persetubuhan yang berlaku serta perlu melalui tempoh idah. Selain itu, jumlah pampasan (diyat) kecederaan dan kematian terhadap mangsa rogol juga boleh dilaksanakan dalam undang-undang di Malaysia kerana wujudnya peruntukan berkaitan yang sedia ada. Perkahwinan mangsa rogol dengan perogol boleh dilaksanakan tetapi perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh syarak dan mahkamah. Implikasi kajian mencadangkan peruntukan bentuk perlindungan terhadap mangsa rogol yang dinyatakan oleh Islam dapat dirangka dan dilaksanakan dalam perundangan masa kini demi menjamin kehormatan dan keselamatan mangsa rogol.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 135
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83914+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
652.54 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.