Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459066
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
dc.contributor.authorHanizah Husain (GP01896)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:41:48Z-
dc.date.available2023-09-13T07:41:48Z-
dc.date.issued2015-08-07
dc.identifier.otherukmvital:83913
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459066-
dc.descriptionPenubuhan dan pemilihan pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) berdasarkan kriteria dan syarat-syarat oleh Kementerian Pendidikan iaitu mempunyai kecemerlangan akademik dan menguasai bacaan ayat-ayat al-Quran. Namun melalui pemerhatian dan data yang diperolehi, menunjukkan masalah kemerosotan akhlak meningkat dalam kalangan mereka, sedangkan mereka banyak dilibatkan dalam program-program peningkatan akademik dan sahsiah oleh pihak sekolah dan berlatar belakang keluarga yang baik. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penghayatan nilai akhlak al-Quran dalam kalangan pelajar KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga. Juga mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi akhlak pelajar-pelajar tersebut dan adakah terdapat perbezaan faktor berdasarkan pemboleh ubah bebas jantina, umur atau tingkatan, tempat tinggal semasa belajar dan pekerjaan ibu bapa. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah kajian tinjauan, soal selidik, temubual dan pemerhatian. Seramai 300 orang pelajar KAA telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik dan dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan tahap penghayatan nilai akhlak al-Quran adalah baik iaitu 78.5%. Manakala 21.5% menunjukkan tahap sederhana. Dapatan berkaitan faktor mendapati faktor ibu bapa adalah faktor tertinggi iaitu 79.3%. Hasil kajian perbezaan faktor menunjukkan terdapat perbezaan berdasarkan berlainan jantina dengan nilai sig. = .013 < .05. Manakala tiada perbezaan berdasarkan umur, tempat tinggal semasa belajar dan pekerjaan ibu bapa. Diharapkan pihak sekolah melaksanakan secara berterusan program peningkatan sahsiah dan akademik pelajar-pelajar KAA serta memantau keberkesanan setiap program yang dijalankan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectNilai akhlak
dc.subjectAl-Quran
dc.subjectKelas Aliran Agama
dc.subjectPemilihan pelajar
dc.subjectProgram akademik
dc.subjectProgram sahsiah
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTahap penghayatan nilai akhlak al-Quran dalam kalangan pelajar Kelas Aliran Agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi
dc.typetheses
dc.format.pages131
dc.identifier.barcode002460(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83913+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
562.9 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.