Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459064
Title: | Pembangunan silibus pra perkahwinan alternatif untuk mualaf dan pasangan |
Authors: | Siti Hafizah Mohamad Nazeer (P73410) |
Supervisor: | Nur A'thiroh Masyaa'il Tan @ Tan Ai Pao Abdullah, Dr. |
Keywords: | Silibus pra perkahwinan Mualaf Kefahaman agama Silibus alternatif Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Jul-2016 |
Description: | Pemahaman yang kurang jelas berkaitan perkahwinan bagi mualaf dan pasangan akan mengakibatkan kekeliruan dalam rumahtangga. Namun, masalah perkahwinan yang dihadapi oleh mualaf cenderung dikaitkan dari segi teknik penyampaian memerlukan kepada mereka yang mahir berbahasa Mandarin dan Tamil bagi memudahkan mualaf yang kurang memahami Bahasa Melayu dan isi modul pra perkahwinan sedia ada kurang menepati keperluan seorang mualaf. Oleh itu, menjadi persoalan kesesuaian modul pra perkahwinan sedia ada untuk diaplikasikan kepada mualaf dan pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan perkahwinan yang berlaku dalam kalangan mualaf dan pasangannya, mengkaji keberkesanan silibus pra perkahwinan yang sedia ada dalam menangani isu perkahwinan mualaf dan pasangannya serta membangunkan cadangan Silibus Pra Perkahwinan Alternatif untuk mualaf dan pasangannya. Reka bentuk kajian ini bersifat kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik dan temu bual telah digunakan bagi mengumpul dan memperoleh data. Sebanyak 60 orang responden dalam kalangan Mualaf di Institut Dakwah Islamiah PERKIM dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan bertujuan. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif menggunakan frekuensi, min dan sisihan piawai. Nilai alfa cronbach dalam kajian rintis kepada 30 orang responden yang telah dijalankan adalah baik dan boleh diterima (0.865). Hasil kajian melalui soal selidik menunjukkan majoriti responden bersetuju masalah utama yang dihadapi oleh mualaf adalah bakal pasangannya tidak mengetahui prosedur perkahwinan (min= 3.62). Selain itu, dapatan tertinggi bagi keberkesanan Modul Pra Perkahwinan sedia ada dilihat isi kandungannya mudah difahami (min=4.07). Manakala cadangan utama untuk membangunkan Silibus Pra perkahwinan mualaf dan pasangan, adalah aspek komunikasi dan pendidikan keluarga yang dapat menjamin kekuatan sebuah keluarga (min= 4.57). Hasil melalui temu bual menunjukkan teknik penyampaian yang kurang difahami serta faktor perbezaan bahasa memainkan peranan penting dalam memahami sesuatu ilmu. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi kefahaman kepada Mualaf dan pasangan berkenaan hal ehwal perkahwinan Islam dengan lebih jelas. Seterusnya, kajian mencadangkan Jabatan Agama Islam untuk mengaplikasikan silibus alternatif ini supaya dapat memberi kefahaman agama dan perkahwinan kepada mualaf bagi memartabatkan Islam sebagai agama yang universal untuk semua lapisan masyarakat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 125 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83911+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.