Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459063
Title: Pembinaan modul kaunseling standard kepada muallaf di Malaysia
Authors: Nor Adibah Ibrahim (P74625)
Supervisor: Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Prof. Madya Dr.
Keywords: Muallaf
Kaunseling
Pembinaan modul
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-May-2016
Description: Perkhidmatan kaunseling kepada muallaf sangat penting dan perkhidmatan ini telah disediakan oleh pelbagai agensi untuk memelihara kebajikan muallaf untuk meneruskan kehidupan dalam suasana agama yang baru. Permasalahan yang timbul adalah apabila penelitian terhadap rekod daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan bahawa 60% daripada golongan muallaf yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling di JKM ini sering berulang iaitu muallaf yang sama dalam tempoh tertentu. Selain itu, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. Hal ini menunjukkan terdapat permasalahan dalam menguruskan sesi kaunseling terhadap klien muallaf. Antara objektif-objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkhidmatan kaunseling dan kaunseling kepada muallaf yang dilaksanakan di Malaysia, menganalisis keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan terhadap golongan muallaf dan mencadangkan dan membina modul kaunseling yang standard bagi sesi kaunseling kepada golongan muallaf di Malaysia bagi menarik minat mereka mengikuti sesi kaunseling di mana-mana agensi. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah pengkajian bersifat kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan melibatkan 600 orang responden muallaf yang berada di seluruh kawasan di Malaysia. Hasil kajian mendapati perkhidmatan kaunseling dan kaunseling kepada muallaf telah dilaksanakan di Malaysia malah belum mencapai tahap perkhidmatan yang terbaik malah perlu ada penambahbaikan dalam perkhidmatan. Hasil kajian juga mendapati keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan juga berada ditahap yang memuaskan akan tetapi terdapat segelintir kaunselor tidak mempunyai persiapan yang cukup kerana tidak ada latihan atau panduan khas untuk mengendalikan kaunseling khusus untuk klien muallaf. Manakala dapatan kajian berkaitan dengan cadangan pembinaan modul memberi keputusan yang positif di mana hasil daripada edaran soal selidik terhadap responden mencatat nilai skor yang tinggi iaitu 95.3% bersetuju dengan cadangan modul yang diketengahkan. Kajian ini memberi implikasi yang baik terhadap perkembangan dakwah serta memberi alernatif baru untuk membantu kaunselor dan juga pegawai agama yang menguruskan kebajikan muallaf. Oleh sebab itu, pembinaan modul kaunseling standard ini perlu untuk membantu menjayakan sesi kaunseling yang dijalankan bersama klien muallaf.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 184
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83910+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
456.89 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.