Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459060
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhd. Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNurullah (P68709)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:41:35Z-
dc.date.available2023-09-13T07:41:35Z-
dc.date.issued2015-11-25
dc.identifier.otherukmvital:83908
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459060-
dc.descriptionKajian ini menyelidiki metodologi hermeneutika al-Qur'an Bint al-Shati' dalam kitabnya al-Tafsir al-Bayani li al-Qur'an al-Karim. Berbeza dengan tokoh pentafsiran hermeneutika lainnya seperti Nasr bin Hamid, Arkoun atau Fadl al-Rahman yang dianggap kontroversi, Bint al-Shati' mendapat pujian dari banyak pengkaji. Walaupun kitab al-Tafsir al-Bayani li al-Qur'an al-Karim banyak dibaca, dan menerima perhatian yang luas dari umat Islam, tetapi belum ada kajian yang mengkhususkan kepada analisis unsur hermeneutika terhadapnya. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hermeneutika al-Qur'an Bint al-Shati' serta mengenal pasti unsur-unsur hermeneutika beliau yang dapat digunapakai dalam pentafsiran al-Qur'an. Kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan pentafsiran Bint al-Shati' dengan pentafsiran ulama tafsir muktabar lainnya. Metode yang digunakan dalam menghasilkan kajian ini adalah analisis kandungan dengan mengkaji kitab al-Tafsir al-Bayani li al-Qur'an al-Karim jilid I dan II karangan Bint al-Shati' sebagai sumber utamanya dan karya-karya beliau lainnya serta kajian-kajian sarjana terhadap Bint al-Shati' sebagai sumber sekunder. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan analisis deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa metode hermeneutika Bint al-Shati' adalah sebuah metode pembacaan teks yang mengintegrasikan kaedah-kaedah pentafsiran ulama klasik seperti yang telah termaktub dalam cUlum al-Qur'an dengan metode hermeneutika (kritik sastera) yang bertumpukan kepada filologi (bahasa) dan sastera. Kajian juga mendapati bahawa pentafsiran Bint al-Shati' berbeza dengan pentafsiran para ulama tafsir terdahulu secara umum, tetapi ada juga yang sama dengan pendapat ulama tafsir yang muktabar. Kritikan dan penolakan Bint al-Shati' terhadap mufasir terdahulu disampaikan tidak dengan cemuhan melainkan dengan sikap pengiktirafan yang bersifat kritikal dengan menjelaskan kekeliruan dan kesamaran para ulama dalam memahami makna bayan al-Qur'an sehingga tanpa disedari dapat mengaburkan makna sebenar yang dikandungi oleh al-Qur'an. Sumbangan kajian ini mendedahkan bahawa tidak ada unsur-unsur penyelewengan dalam hermeneutika al-Qur'an Bint al-Shati'. Implikasi kajian ini mencadangkan kajian lanjutan perlu dibuat terhadap karya-karya yang menggunakan unsur hermeneutika bagi mengelakkan salah faham masyarakat terhadap bidang ilmu ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHermeneutika al-Qur'an
dc.subjectBint al-Shati'
dc.subjectUlama tafsir
dc.subjectAl-Tafsir al-Bayani li al-Qur'an al-Karim
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHermeneutika dalam al-Tafsir al-Bayani li al-Qur'an al-Karim Bint al-Shati'
dc.typetheses
dc.format.pages178
dc.identifier.barcode002455(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83908+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
463.18 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.