Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459058
Title: Hubungan kelancaran membaca al-Qur'an dengan kelancaran membaca teks Arab dalam kalangan pelajar KUIM
Authors: Mohd Zahimie Mohd Dzahid (P60488)
Supervisor: Hakim Zainal, Ustaz
Keywords: Bacaan al-Qur'an
Pelajar KUIM
Teks Arab
Kemahiran membaca
Ujian kelancaran
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-May-2016
Description: Pelajar yang mempelajari bahasa Arab perlu menguasai beberapa kemahiran bahasa tersebut, antaranya ialah kemahiran membaca. Pelajar bukan penutur bahasa Arab -seperti di Malaysia - mungkin menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran ini. Namun, adakah mereka yang mempunyai kemahiran membaca al-Qur'an tidak menghadapi masalah membaca teks Arab. Justeru, objektif pertama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kelancaran bacaan al-Qur'an dalam kalangan pelajar KUIM. Objektif kedua adalah untuk mengetahui tahap kelancaran membaca teks Arab dalam kalangan pelajar KUIM. Objektif ketiga adalah untuk menganalisis pasti hubungan antara kelancaran bacaan al-Qur'an dengan kelancaran bacaan teks Arab dalam kalangan pelajar KUIM. Kajian ini ialah kajian kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dan ujian kelancaran. Seramai 30 orang responden dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan dalam kalangan pelajar daripada Diploma Kaunseling, Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Sosial, Kolej Universiti Islam Melaka, semester 1 sesi 2014/2015, yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Dua ujian kelancaran dijalankan iaitu ujian kelancaran bacaan al-Qur'an dan ujian kelancaran bacaan teks Arab. Dalam ujian kelancaran bacaan al-Qur'an, ukuran Ruaain et al (2008) dan Nunik (2009) digunakan manakala dalam ujian kelancaran bacaan teks Arab, ukuran Fuad (2004) digunakan. Keputusan tahap kelancaran membaca al-Qur'an menunjukkan 9 orang berada di tahap lemah, 15 orang di tahap sederhana dan 6 orang di tahap baik. Keputusan tahap kelancaran membaca teks Arab menunjukkan 3 orang di tahap lemah, 19 orang di tahap sederhana dan 8 orang di tahap baik. Keputusan ujian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kelancaran membaca al-Qur'an terhadap kelancaran membaca teks Arab. Kajian ini memberi implikasi kepada semua pihak terutama kepada pensyarah KUIM untuk meningkatkan gaya dan kualiti pengajaran terutama dalam kemahiran membaca dalam kalangan pelajar KUIM. Oleh itu, para pelajar KUIM perlu memperbaiki atau melancarkan bacaan al-Qur'an mereka agar kelancaran tersebut dapat digunakan ketika membaca teks Arab. Ini memantapkan usaha kerajaan yang telah mewujudkan J-Qaf di sekolah yang menggabung jalinkan antara al-Qur'an dengan bahasa Arab di samping tulisan jawi dan fardu cain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 99
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83719+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
441.84 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.