Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459055
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md Yazid Ahmad, Ustaz | - |
dc.contributor.author | Wan Najmiah Wan Mohamad Ali (P59706) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:41:25Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:41:25Z | - |
dc.date.issued | 2016-05-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83715 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459055 | - |
dc.description | Pertambahan populasi penduduk Islam di Malaysia yang semakin meningkat dari masa ke semasa, boleh mengundang masalah pembahagian pusaka yang lebih serius apabila berlaku kematian sekiranya tiada kesedaran dan pemahaman yang menyeluruh tentang undang-undang pusaka Islam. Fenomena pertambahan nilaian hartanah pusaka yang tidak dituntut serta peningkatan jumlah pewaris aset beku di kalangan masyarakat Islam akan terus wujud sekiranya ahli waris tiada kesepakatan dan gagal mengaplikasikan hukum pusaka Islam ke atas harta sebenar. Walaupun penetapan hak dan kadar setiap waris telah ditentukan oleh Hukum Pusaka Islam, namun pembahagian perlulah dibuat secara bijak bagi menjamin maslahah waris-waris yang berhak terhadap harta tersebut. Ini kerana dalam sesetengah kes, jenis dan bentuk harta pusaka itu sendiri menjadikan ianya tidak ekonomik untuk dibahagi secara faraid. Di samping itu terdapat kekangan undang-undang yang menghalang waris yang layak mendapat bahagian yang sepatutnya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mencari penyelesaiannya dengan mengkaji konsep takhāruj dalam Hukum Pusaka Islam dan aplikasinya di UPPK Kuala Terengganu. Kajian kualitatif ini menggunakan empat kaedah pengumpulan data iaitu melalui teknik temu bual tidak berstruktur dengan Pegawai-pegawai Pusaka, teknik pemerhatian, teknik kajian kepustakaan dan pendekatan convenience dalam merujuk fail-fail yang mengandungi Nota Bicara tanpa formula khusus. Tata cara penganalisisan data pula dilakukan dengan mengguna pakai teknik analisis deskriptif untuk menghuraikan data dan maklumat yang diperoleh. Hasil kajian mendapati takhāruj adalah sebahagian dari Hukum Pusaka Islam kerana sebarang penolakan atau penarikan diri mestilah dalam batasan hak dan kadar hukum faraid. Takhāruj diharuskan dengan syarat waris yang terlibat bersetuju dan reda. Kajian di UPPK Kuala Terengganu mendapati kaedah takhāruj diaplikasi dalam penyelesaian pusaka selaras dengan seksyen 15 (Akta 98) dan pemakaiannya agak ketara berdasarkan 53.72 peratus kes diputuskan menggunakan kaedah takhāruj. Bagaimanapun, tiada peraturan khusus untuk waris merujuk bagi menggunakan kaedah ini. Kajian ini memberi implikasi penting kepada UPPK untuk menjadikan sistem penyampaiannya lebih efektif bagi mendidik dan menggalakkan masyarakat memilih kaedah takhāruj agar kes-kes pusaka yang rumit dapat dielakkan dan sekiranya ada, mampu diselesaikan dengan cepat. Di samping itu, satu mekanisme kaedah takhāruj yang lebih sistematik perlu dibangunkan supaya hasrat ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Konsep al-takhāruj | - |
dc.subject | Harta pusaka kecil | - |
dc.subject | Hukum Pusaka Islam | - |
dc.subject | Waris | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Aplikasi prinsip al-takhāruj dalam pembahagian harta pusaka kecil orang Islam di Terengganu | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 148 | - |
dc.identifier.barcode | 002449(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83715+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 671.39 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.