Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459053
Title: Kemampuan skim al-rahn sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional dan ceti haram
Authors: Rosliza Abdul Latif (P59707)
Supervisor: Zamzuri Zakaria
Keywords: Skim al-rahn
Pajak gadai konvensional
Ceti haram
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Produk patuh syariah
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Apr-2016
Description: Skim al-rahn merupakan produk mikro kredit patuh syariah yang menjadi alternatif kepada pajak gadai konvensional dan ceti haram. Namun berdasarkan laporan dan statistik semasa, permintaan terhadap pajak gadai konvensional masih meningkat dan lebih mengejutkan majoriti pelanggannya adalah kaum Melayu Islam. Keadaan ini memberi gambaran seolah-olah skim al-rahn masih belum mampu menggantikan skim konvensional. Kajian bertujuan untuk membandingkan kemampuan Skim Ar Rahnu YaPEIM sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional dan ceti haram sebagai produk pinjaman tunai segera. Justeru, satu parameter yang komprehensif telah dibina bagi mengukur kemampuan Skim Ar Rahnu tersebut berdasarkan tiga kriteria iaitu produk, prasarana dan operasi. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan kajian kes. Proses pengumpulan data dibuat melalui temu bual mendalam separa struktur dan analisis kandungan manakala penganalisisan data dijalankan secara deskriptif. Temu bual dijalankan dengan institusi al-rahn iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) Kuala Lumpur, agensi penyelaras dan penguatkuasaan pajak gadai iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Putrajaya serta agensi yang menangani masalah peminjam ceti haram atau along iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati daripada 22 aspek yang dinilai, kesemuanya dimenangi oleh Skim Ar Rahnu kecuali 4 aspek iaitu dari segi produk, jenis barang cagaran hanya terhad kepada barangan kemas emas tertentu sahaja. Dari segi prasarana, wujud kekurangan perkhidmatan khususnya di pekan-pekan kecil. Manakala dari segi operasi, tiada suatu akta dan agensi khusus untuk mengawal selia aktiviti al-rahn dalam aspek perundangan dan pelesenan. Hasil kajian merumuskan, Skim Ar Rahnu YaPEIM sebenarnya sudah mampu menjadi alternatif kepada kepada pajak gadai konvensional dan ceti haram. Kemungkinan terdapat faktor lain yang menjadi pendorong kepada permintaan skim konvensional seperti pengetahuan dan kesedaran pelanggan. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada institusi Ar Rahnu YaPEIM ke arah mempelbagaikan jenis barang cagaran selain emas dan perluasan rangkaian perkhidmatan di kawasan luar bandar. Pihak kerajaan pula perlu mewujudkan akta pajak gadai Islam dan agensi khusus untuk menyelaras dan mengawal selia industri al-rahn agar dapat menyaingi dan menjadi alternatif sempurna kepada pajak gadai konvensional dan ceti haram. YaPEIM dan pihak berkuasa juga perlu mengambil langkah yang sesuai untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pengguna Islam khususnya dalam memilih produk mikro kredit patuh syariah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 156
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83713+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
403.72 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.