Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459052
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur A'thiroh Masyaa'il Tan, Dr.
dc.contributor.authorBasyirah Yahaya (P70975)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:41:19Z-
dc.date.available2023-09-13T07:41:19Z-
dc.date.issued2016-06-10
dc.identifier.otherukmvital:83712
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459052-
dc.descriptionSejak akhir-akhir ini, perkara berhubung dengan saudara baru sering menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat. Permasalahan utama yang timbul ialah apakah solusi terbaik untuk berhadapan dengan saudara baru. Maka, pendekatan dakwah dalam surah al-Nahl 16:125 melalui dakwah bi al-Hikmah, bi al-Mawcizah hasanah dan bi al-Mujadalah dilihat sebagai metode dakwah yang terbaik dan komprehensif untuk dilaksanakan terhadap saudara baru menurut hasil kajian terdahulu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan dakwah yang digunakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada saudara baru dan keberkesanannya agar ianya selari dan menepati intipati ayat tersebut. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang menarik saudara baru mengikuti kursus bimbingan di MAIS. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pendekatan dakwah yang dilaksanakan kepada saudara baru di MAIS dan mengenalpasti faktor atau elemen dakwah yang menarik minat saudara baru. Metode kajian yang digunakan ialah analisis dokumen dan kaedah temu bual berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh MAIS kepada saudara baru digunakan secara keseluruhannya dan menepati kandungan ayat tersebut, akan tetapi masih perlu diperhalusi dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Kesimpulannya, saudara baru ini perlu diberi pendekatan dakwah dan bimbingan yang sewajarnya sehingga mereka memahami Islam dengan mendalam menjadikan mereka Muslim yang sebenar-benarnya mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDakwah
dc.subjectSurah al-Nahl
dc.subjectSaudara baru
dc.subjectMajlis Agama Islam Selangor
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan dakwah dalam Surah al-Nahl, 16:125 kepada saudara baru di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
dc.typetheses
dc.format.pages100
dc.identifier.barcode002446(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83712+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
579 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.