Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459051
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
dc.contributor.authorKarimuddin Nasution (P77192)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:41:17Z-
dc.date.available2023-09-13T07:41:17Z-
dc.date.issued2016-05-18
dc.identifier.otherukmvital:83711
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459051-
dc.descriptionAl-Quran datang dengan membawa misi keadilan dan kesetaraan antara sesama makhluk. Nasaruddin Umar merupakan tokoh yang berusaha memahami keadilan dan kesetaraan ayat-ayat al-Quran dengan pendekatan tafsir. Khususnya tentang kesetaraan gender di dalam al-Quran. Walau bagaimanapun, pentafsiran beliau tentang poligami, kepimpinan perempuan, hak waris perempuan, saksi perempuan dan beberapa isu gender lainnya, berbeza dengan pentafsiran majoriti ulama Islam. Beliau berpandangan, pentafsiran klasik banyak yang bias gender disebabkan pengaruh sosial dan budaya masa itu. Oleh itu, setiap pentafsiran yang menghasilkan ketidakadilan perlu untuk dikaji semula. Kajian ini membincangkan tentang metod pentafsiran, pemikiran dan menganalisis kontroversi pentafsiran Nasaruddin Umar dalam isu gender. Metod kajian ini berbentuk kajian kualitatif, menggunakan pendekatan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Pemerolehan data dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan merujuk kepada data primer dan skunder. Untuk mendapatkan hasil kajian yang baik, data yang dikumpulkan dianalisis dengan pendekatan deskriptif, historigrafi, komparatif dan kritik. Hasil kajian mendapati bahawa metod pentafsiran Nasaruddin Umar ialah metod tafsir mawduci dengan bentuk ra'yi dan menggunakan metod hermeneutik dalam menganalisis kandungan ayat-ayat gender. Pemikiran Nasaruddin Umar dalam mentafsirkan ayat-ayat gender bernuansa feminisme, yang berusaha menyamaratakan lelaki dan perempuan dari sisi gender. Hukum-hakam yang seolah-olah melebihkan lelaki daripada perempuan, seperti dalam hal hak waris dan saksi, menurut beliau merupakan hukum yang belum final, kerana ayat-ayat tersebut turun dengan sebab-sebab khusus. Keseluruhan kajian ini mendapati bahawa Nasaruddin Umar sangat gigih memperjuangkan kesetaraan lelaki dan perempuan dari sisi gender atau non-bilogis. Adapun implikasi kajian ini menggalakkan umat Islam supaya merujuk kepada kitab-kitab tafsir ulama lainnya, yang menggunakan metod dan pendekatan pentafsiran yang diakui oleh seluruh umat Islam. Hal ini diharapkan dapat memberi fahaman yang sebenar kepada masyarakat tentang konsep gender dalam Islam. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan supaya dipertingkatkan lagi aktiviti dialog, membaca karya-karya Nasaruddin Umar dengan memberikan kritikan yang ilmiah, serta mengadakan kajian ilmiah terhadap konsep gender dalam Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMetod tafsir
dc.subjectNasaruddin Umar
dc.subjectKesetaraan gender
dc.subjectAnalisis kandungan
dc.subjectTafsir al-Quran
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMetod pentafsiran dan pemikiran Nasaruddin Umar dalam isu gender
dc.typetheses
dc.format.pages184
dc.identifier.barcode002445(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83711+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
552.59 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.