Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459044
Title: Metodologi Musthafa Umar di dalam Tafsir al-Ma'rifah dan dakwahnya dalam masyarakat Riau
Authors: M. Kafrawi (P67071)
Supervisor: Mohd Nazri Ahmad, Ustaz
Keywords: Tafsir al-Ma'rifah
Musthafa Umar
Tokoh ulama
Masyarakat Riau
Ulama Riau
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Aug-2016
Description: Kitab Tafsir al-Ma'rifah adalah sebuah kitab tafsir karangan Musthafa Umar, seorang ulama Riau yang memiliki pandangan jauh terhadap perkembangan tafsir al-Quran di Nusantara. Kitab tafsir ini terkenal di Pekanbaru provinsi Riau (Bandar Negeri Riau), tetapi belum dikenali di tempat-tempat lain di Indonesia. Dewasa ini, Tafsir al-Ma'rifah telah dirujuk dan diguna pakai oleh masyarakat Melayu Riau, sebagai pedoman kehidupan mereka secara meluas. Namun begitu, sebahagian mereka tidak memahami metode atau pendekatan yang digunakan oleh Musthafa Umar dalam tafsirnya, menyebabkan timbulnya masalah dalam mengkategorikan kitab tafsir ini termasuk kitab tafsir al-Ra'yi atau al-Ma'thur atau kitab tafsir Ishari. Objektif kajian ini adalah memperlihatkan tentang metodologi Musthafa Umar dalam tafsirnya. Mengetahui metodologi al-Islahi al-Ijtimāᶜi dalam tafsir al-Ma'rifah. Kerana dengan metode ini masyarakat Melayu Riau begitu tertarik terhadap Tafsir al-Ma'rifah untuk dijadikannya sebagai panduan kehidupan mereka. Metodologi kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan. Kajian ini juga menggunakan metode temubual. Hasil daripada kajian mendapati bahawa kitab Tafsir al-Ma'rifah merupakan kitab tafsir semasa yang mengkaji masalah baharu pada masa kini dengan menggunakan bahasa Melayu yang mudah untuk difahami. Kitab tafsir ini memberikan penekanan kepada aspek perbaikan masyarakat Islam, akhlak dan sosial masyarakat. Kitab Tafsir al-Ma'rifah merupakan tafsir bi al-Ra'yi dengan menggunakan metode tafsir Tahlili al-Mawdu'ci, dengan corak penafsirannya menggunakan al-Islahi al-Ijtimāᶜi (perbaikan masyarakat). Implikasi dari kajian ini amat penting kerana memperkenalkan seorang tokoh ulama yang dapat dijadikan rujukan para akadamik, ulama dan masyarakat Riau pada masa kini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 124
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83704+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
844.14 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.