Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459042
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFadlan Mohd Othman, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Kamil Hilmi Ismail (P70891)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:40:58Z-
dc.date.available2023-09-13T07:40:58Z-
dc.date.issued2015-04-02-
dc.identifier.otherukmvital:83702-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459042-
dc.descriptionTakhrij hadith ialah suatu kaedah atau usaha untuk menyandarkan hadith kepada sumber asalnya serta melakukan kajian tentang keadaannya sama ada diterima atau ditolak, jika perlu. Kajian dijalankan adalah untuk melihat adakah ianya mengikut etika penyelidikan yang betul dan tepat dalam mentakhrij hadith-hadith nabi SAW agar tesis-tesis dan disertasi yang dikeluarkan dapat memenuhi kriteria sebagai tesis yang berkualiti dan menjadi tonggak kepada Kolej Islam yang bertaraf Antarabangsa. Kajian ini bertujuan menilai sejauhmana para pelajar Diploma Usuluddin Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada tahun 2003 hingga 2007 dalam mengaplikasikan takhrij hadith dalam tesis dan disertasi mereka. Kajian ini mengenalpasti metode penulisan hadith dalam tesis dan disertasi yang dihasilkan dalam tempoh lima tahun bagi para pelajar Diploma Usuluddin yang berinteraksi dengan hadith-hadith Nabi SAW. Kajian juga menilai dan mengenalpasti metode mentakhrij hadith-hadith nabi SAW dalam tesis dan disertasi tersebut dan melahirkan satu garis panduan tentang cara berinteraksi dengan hadith dalam penulisan tesis dan disertasi. Metodologi kajian ini merangkumi dua metode iaitu pertama, metode kepustakaan dengan mendokumentasikan tesis-tesis dan disertasi-disertasi Diploma Usuluddin yang dihasilkan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada tahun 2003 hingga 2007. Metode kedua pula adalah metode analisis kandungan (Content Analysis) bagi setiap tesis dan disertasi tersebut bagi mengenalpasti metodologi yang digunapakai semasa berinteraksi dengan hadith-hadith nabi SAW. Setelah dilakukan analisis terhadap hadith-hadith yang terdapat di dalam tesis dan disertasi para pelajar Diploma Usuluddin pada tahun 2003 hingga 2007, kajian mendapati tahap pengaplikasian takhrij hadith yang telah dilaksanakan adalah memuaskan. Keseluruhan hadith yang dikaji berjumlah 386 hadith. Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim adalah sebanyak 135. Hadith selain riwayat al-Bukhari dan Muslim berjumlah 251, di mana 132 hadith tidak dinyatakan status iaitu 60 pada tahun 2003, 42 pada tahun 2004, 4 pada tahun 2005, 3 pada tahun 2006 dan 23 pada tahun 2007. Hadith yang tidak dinyatakan status merangkumi: 132, hadith sahih iaitu 32 pada tahun 2003, 15 pada tahun 2004, 2 pada tahun 2005, 3 pada tahun 2006 dan 10 pada tahun 2007; 47 hadith hasan iaitu 23 pada tahun 2003, 11 pada tahun 2004, 2 pada tahun 2005, 4 pada tahun 2006 dan 7 pada tahun 2007; 28 hadith dacif iaitu 9 pada tahun 2003, 10 pada tahun 2004, 2 pada tahun 2006 dan 7 pada tahun 2007 dan 7 hadith mawduc‘ iaitu 3 pada tahun 2003, dan 4 pada tahun 2007. Perkara ini menunjukkan kepentingan meningkatkan kualiti penulisan ilmiah khususnya di pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi ketika menentukan kesahihan maklumat hadith.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTakhrij hadith-
dc.subjectPenulisan ilmiah-
dc.subjectPenulisan hadith-
dc.subjectEtika penyelidikan-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAplikasi takhrij hadith dalam latihan ilmiah pelajar Diploma Usuluddin Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) 2003 hingga 2007-
dc.typetheses-
dc.format.pages155-
dc.identifier.barcode002437(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83702+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
668.9 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.