Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459041
Title: | Penentuan insurans dan takaful sebagai harta pusaka menurut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia |
Authors: | Nurul Ilanis Mat Akhir (P64030) |
Supervisor: | Mohd Zamro Muda, Ustaz |
Keywords: | Insurans Takaful Harta pusaka Perspektif Islam Undang-undang Konsep pampasan Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Jun-2016 |
Description: | Harta pusaka merupakan harta peninggalan si mati yang meliputi harta alih dan harta tak alih termasuklah apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya. Nas al-Quran serta hadis tidak menjelaskan secara terperinci harta yang layak dijadikan sebagai harta pusaka. Dalam pentadbiran undang-undang juga masih belum wujud pentakrifan yang tepat mengenai harta pusaka. Oleh hal demikian, penentuan harta pusaka seringkali menjadi perbahasan di kalangan ulama semasa serta pengamal undang-undang di Malaysia. Justeru penentuan insurans dan takaful sebagai harta pusaka adalah penting kerana ia memberi kesan terhadap pembahagian harta pusaka umat Islam secara pembahagian faraid. Objektif kajian adalah untuk mengkaji konsep pampasan dan manfaat dalam insurans dan takaful. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji status penamaan insurans dan takaful serta menganalisis penentuan insurans dan takaful sebagai harta pusaka. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data diperolehi telah dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa insurans dan takaful adalah dikategorikan sebagai harta pusaka namun beberapa aspek perlu dilihat untuk menentukan harta sedemikian sebagai harta pusaka kerana ia merupakan sumbangan dan hasil usaha si mati semasa hidup serta pemilikannya harus berlandaskan hukum syarak. Hasil kajian ini memberikan implikasi penting kepada badan-badan perundangan yang menggubal undang-undang terhadap pengurusan pentadbiran harta pusaka, industri insurans dan takaful serta badan-badan yang berautoriti terhadap pengeluaran fatwa di Malaysia. Justeru, sudah sampai masanya badan-badan yang bertanggungjawab mengambil langkah yang proaktif dari segi penambahbaikan dalam pengurusan harta pusaka umat Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 122 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83701+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 495.23 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.