Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459040
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHaziyah Hussin, Dr.
dc.contributor.authorNor Syamimi Mohd (P67614)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:40:53Z-
dc.date.available2023-09-13T07:40:53Z-
dc.date.issued2016-07-22
dc.identifier.otherukmvital:83700
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459040-
dc.descriptionTafsir al-Qur'an al-Hakim ialah kitab tafsir berbahasa Melayu terawal di Malaysia yang hampir lengkap 30 juzuk al-Quran. Ia ditulis oleh Mustafa Abdul Rahman (1918-1968) pada tahun 1949. Beliau mentafsirkan makna ayat al-Quran yang mempunyai isyarat sains dan mengaitkannya dengan kajian dan penemuan sains moden. Pendekatan ini tidak diaplikasikan oleh pentafsir tempatan yang seangkatan dengannya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sejauh manakah pengarang mengaplikasikan metode tafsir cIlmi. Kajian juga menganalisis sentuhan sains beliau serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan terhadap Tafsir al-Qur'an al-Hakim. Data dikumpul melalui analisis dokumen dan dianalisis secara deskriptif bertema. Kesahan dan kebolehpercayaan data diperoleh dengan mendapatkan perakuan pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen Kappa. Hasil kajian menunjukkan bahawa Mustafa beriltizam dengan kaedah tafsir cilmi yang telah digariskan oleh para ulama. Metode tafsir cilmi yang digunakannya pula menepati manhaj tafsir bi al-ra'yi iaitu menggunakan sumber ma'thur sebagai asas dan hadith-hadith yang digunakan pula didapati bertaraf sahih. Manakala penemuan dan kajian sains yang dikemukakan selari dengan maksud nas dan dihuraikan secara ringkas sahaja. Nilai tambah baru dalam tafsir cilmi pula ialah contoh-contoh berunsur sains yang sesuai dengan tahap pemikiran dan keperluan semasa masyarakat. Faktor-faktor mempengaruhi sentuhan sains dalam Tafsir al-Qur'an al-Hakim ialah pendidikan dan keilmuan pengarang, objektif penulisan tafsir, pengaruh teks Tafsir al-Maraghi dan sosiobudaya. Implikasi kajian menunjukkan bahawa Tafsir al-Qur'an al-Hakim karya Mustafa terkehadapan mendahului langkah ulama dan zamannya. Ia sekali gus mendekatkan masyarakat dengan al-Quran dan memberi pengetahuan sains dalam memahami makna ayat-ayat suci al-Quran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMustafa Abdul Rahman
dc.subject1918-1968
dc.subjectTafsir cIlmi
dc.subjectTafsir al-Qur'an al-Hakim
dc.subjectPengetahuan sains
dc.subjectKitab tafsir bahasa Melayu
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan Mustafa Abdul Rahman dalam Tafsir cIlmi
dc.typetheses
dc.format.pages127
dc.identifier.barcode002435(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83700+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
538.46 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.