Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459038
Title: Tahap kefahaman murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 Daerah Hulu Selangor terhadap konsep al-falah
Authors: Noor Hayati Kusnin (P69903)
Supervisor: Haziyah Hussin, Dr.
Keywords: Tahap kefahaman
Konsep al-falah
Murid sekolah menengah
Pendidikan Islam
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-May-2016
Description: Kejayaan hakiki atau al-falah menurut Islam ialah mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ia dinilai berdasarkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah SWT serta ketaatan kepada perintah Nya. Namun dalam sistem pendidikan Negara, kejayaan murid diukur melalui kecemerlangan dalam peperiksaan. Ukuran kejayaan tersebut mendorong murid dan masyarakat memberi tumpuan kepada kecemerlangan dalam bidang akademik berbanding aspek sahsiah, kerohanian dan penghayatan agama. Hal ini menyumbang kepada penglibatan sebahagian murid dalam masalah disiplin, gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman murid terhadap konsep al-falah serta faktor yang mempengaruhinya. Di samping itu kajian ini menganalisis hubung kait item pengetahuan, amalan dan sikap murid terhadap penghayatan agama. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen konsep al-falah dalam buku teks Pendidikan Islam serta kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 260 orang murid tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 Hulu Selangor. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan analisis korelasi. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan agama murid adalah tinggi (min=4.17), manakala tahap amalan dan sikap murid terhadap agama adalah sederhana tinggi iaitu masing-masing min=3.37 dan min=3.17. Perbezaan ini menunjukkan tahap pengetahuan agama yang tinggi tidak semestinya dapat melahirkan murid yang mengamalkan agama sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Implikasi kajian menunjukkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam tidak menyeluruh kepada murid justeru mereka kurang mengamalkan nilai-nilai agama dalam kehidupan yang diukur melalui amalan serta sikap mereka terhadap perintah agama. Oleh itu, guru Pendidikan Islam harus memberi penekanan terhadap aspek pengamalan agama supaya matlamat melahirkan murid yang cemerlang dunia dan akhirat dapat dicapai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 128
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83699+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
586.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.