Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459036
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Latifah Abd. Majid, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Khairul Anwar Abdul Manaf (P60479) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:40:44Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:40:44Z | - |
dc.date.issued | 2016-05-13 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83697 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459036 | - |
dc.description | Kitab Kashf al-Ghaybiyyah merupakan sebuah karya Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani atau lebih dikenali sebagai Tuan Minal. Kitab ini merupakan sebuah kitab jawi yang disusun berdasarkan hadith-hadith yang menjelaskan berkenaan perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, dan hari kiamat. Tetapi, hadith-hadith yang didatangkan sebagai dalil tidak disertakan bersama rantaian sanad perawi yang lengkap selain tidak menjelaskan sumber dan status hadith tersebut. Justeru, analisis takhrij hadith-hadith di dalam Kashf al-Ghaybiyyah dilakukan bagi mencari sumber asal daripada Masadir al-Asliyyah serta menjelaskan status setiap hadith tersebut sama ada bertaraf Maqbul atau Mardud. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui metode penulisan hadith Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani di dalam kitab ini. Rekabentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Pengumpulan data yang berbentuk tekstual di dalam Kitab Kashf al-Ghaybiyyah dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif melalui kaedah Takhrij. Hasil analisis terhadap 46 buah hadith mendapati bahawa lima daripadanya adalah hadith muttafaq calaih (11 %), dua hadith Sahih al-Bukhari (4 %), empat hadith Sahih Muslim (9 %), empat hadith Sahih (9 %), satu hadith Hasan Sahih (2 %), tiga hadith Hasan li Ghayrih (6 %), tujuh hadith Dacif (15 %), satu hadith Dacif Jiddan (2 %), satu hadith Maqtuc (2 %), satu hadith Munkar Jiddan (2 %), tiga hadith Mawduc (7%), dan empat belas hadith yang tidak dijumpai (31 %). Hasilnya ialah sebanyak sembilan belas (41 %) hadith yang dikategorikan sebagai hadith maqbul dan selebihnya iaitu dua puluh tujuh (59 %) hadith dikategorikan sebagai hadith mardud. Kebanyakan hadith yang tidak dijumpai di dalam Kitab Kashf al-Ghaybiyyah mempunyai makna yang sahih dan bertepatan dengan nas-nas al-Quran dan al-Hadith. Oleh kerana kebanyakan hadith tersebut berunsurkan perkara akidah, maka perlulah diperbaiki dalil-dalil tersebut dengan digantikan kepada nas-nas yang lebih berautoriti untuk memuaskan hati orang yang mempelajari kitab tersebut.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kualiti hadith | |
dc.subject | Kashf al-Ghaybiyyah | |
dc.subject | Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani | |
dc.subject | Kitab jawi | |
dc.subject | Analisis takhrij | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kualiti hadith dalam Kashf al-Ghaybiyyah karya Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 123 | |
dc.identifier.barcode | 002420(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83697+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 411.65 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.