Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459034
Title: Manfaat produk takaful keluarga dalam institusi takaful di Malaysia
Authors: Halimatussaadiah Hairudin (P60474)
Supervisor: Salmy Edawaty Yaacob, Dr.
Keywords: Takaful keluarga
Manfaat takaful
Institusi takaful
Inovasi syariah
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Feb-2016
Description: Bermula tahun 1984 sehingga kini terdapat lebih 11 buah syarikat takaful yang wujud di Malaysia. Rentetan itu, wujud kepelbagaian inovasi syariah dalam pelan dan produk takaful yang ditawarkan untuk menarik minat pelanggan dari semasa ke semasa. Namun, kepelbagaian prinsip dalam manfaat produk takaful perlindungan keluarga dan takaful perubatan & kesihatan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat takaful di Malaysia tidak memenuhi ruh syariah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kelebihan dan kelemahan manfaat produk takaful yang ditawarkan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada lima syarikat takaful iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd, Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad dan MAA Takaful Berhad. Pemilihan syarikat-syarikat ini dibuat berdasarkan jumlah caruman pendapatan bersih yang tertinggi dan mereka juga menawarkan produk takaful perlindungan keluarga dan takaful perubatan & kesihatan. Analisa kandungan dan temubual tidak berstruktur telah digunakan untuk proses pengumpulan data. Manakala, penganalisisan data dijalankan menerusi pendekatan deskriptif dan perbandingan. Hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakan daripada manfaat produk takaful perlindungan keluarga dan takaful perubatan & kesihatan di semua syarikat takaful memenuhi roh prinsip syariah dan memberi kelebihan kepada peserta. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan dan unsur yang kurang mematuhi prinsip syariah seperti pengecualian bayaran sumbangan tidak diberikan kepada peserta yang mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh serta maklumat yang kurang jelas berkaitan manfaat produk takaful. Kajian ini menunjukkan bahawa Syarikat Takaful Malaysia Berhad merupakan syarikat takaful yang paling banyak memberi kelebihan dalam manfaat produk takaful berbanding dengan syarikat-syarikat lain. Implikasi kajian ini adalah dapat membantu masyarakat dalam membuat pilihan produk takaful perlindungan keluarga dan takaful perubatan dan kesihatan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Oleh itu, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada masyarakat untuk memastikan produk takaful yang dicarum dapat menjamin kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 209
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83694+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
621.96 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.