Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459032
Title: Kualiti hadith dalam Kitab Hidayat al-Mukhtar
Authors: Muhammad Ashraf Shahrulail (P78174)
Supervisor: Mohd Akil Muhamed Ali, Ustaz
Keywords: Hadith
Kualiti hadith
Kitab Hidayat al-Mukhtar
Ilmu takhrij
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Jul-2016
Description: Kitab hadis berjudul Hidayat al-Mukhtar yang dikumpul dan disusun oleh al-Imam al-Hafidh al-Mundhiriyy terjemahan Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani merupakan salah satu karya yang memuatkan perbincangan berkaitan dengan 40 hadis-hadis tentang kelebihan menuntut ilmu dan ulama. Walaupun kitab ini tidak dinyatakan oleh pengarang sumber dan martabat hadis-hadisnya, namun ia adalah antara kitab-kitab wakaf yang diedarkan oleh pihak syarikat penerbit Khazanah Fathaniyah ke masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok pengajian dan selainnya. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sumber pengambilan hadis oleh al-Imam al-Mundhiriyy dengan menggunakan ilmu takhrij dan juga menganalisis status hadis yang terdapat di dalamnya. Kajian ini adalah kajian kepustakaan di mana setiap hadis dalam kitab tersebut dianalisis satu-persatu berdasarkan kaedah takhrij untuk menentukan sumber-sumber dan hukum hadis. Semua hadis dirujuk berdasarkan daripada kitab-kitab muktabar seperti al-Sunan al-Tiscah, kitab-kitab takhrij dan cUlum Hadith. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati kitab ini belum pernah dikaji dari setiap segi memandangkan kitab ini telah lama diterbitkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sumber setiap hadis yang ada dalam kitab ini ditemui dalam kitab-kitab hadis yang muktabar dan dapatan kajian mendapati terdapat 2 hadis hasan (5%), 6 hadis dacif (15%), 4 hadis dacif jiddan (10%), 1 hadis matruk (2%), 12 hadis mawduc (30%) dan 15 hadis (38%) yang tidak dapat dikesan. Kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji-pengkaji hadis, pendakwah-pendakwah agar lebih berhati-hati dalam memilih kitab-kitab hadis dalam menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak institusi agama atau JAKIM mengambil inisiatif untuk memantau setiap kitab-kitab hadis yang dijumpai dalam pengajian di masjid-masjid, surau-surau dan institusi-institusi bagi menjaga kesahihan sumber dan status hadis tersebut.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 130
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83692+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
468.35 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.