Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459031
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Arifin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohammad Abdillah Samsuiman (P72843)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:40:33Z-
dc.date.available2023-09-13T07:40:33Z-
dc.date.issued2016-08-12
dc.identifier.otherukmvital:83691
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459031-
dc.descriptionGuru merupakan antara faktor kepada penghasilan pendidikan yang berkualiti. Walau bagaimanapun pendidikan berkualiti bukan hanya bergantung kepada guru semata-mata, tetapi faktor kecenderungan minat pelajar juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kualiti diri guru pendidikan bahasa Arab dari perspektif pelajar SMKA Negeri Kedah, tahap kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru bahasa Arab di dalam bilik darjah serta kecenderungan minat pelajar terhadap bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif. Dalam kajian kuantitatif, kaedah tinjauan dipilih dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian ini melibatkan 369 orang responden dalam kalangan pelajar SMKA dari 4 buah SMKA di Negeri Kedah. Data dianalisis menggunakan SPSS 11.5 serta dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif berbentuk kekerapan, peratusan dan min sahaja. Hasil kajian mendapati bahawa kualiti diri guru pendidikan bahasa Arab dari perspektif pelajar SMKA Negeri Kedah adalah berada pada tahap yang tinggi (84.6%), manakala kualiti PdP guru pendidikan bahasa Arab dari perspektif pelajar SMKA Negeri Kedah adalah berada pada tahap yang sederhana (83.2%). Kajian juga mendapati bahawa kecenderungan minat pelajar terhadap bahasa Arab adalah positif (89.7%). Walau bagaimanapun terdapat beberapa tanggapan negatif perlu diperbetulkan. Implikasi kajian mendapati bahawa terdapat beberapa aspek tertentu yang masih perlu diberi perhatian serta boleh ditingkatkan terutamanya dalam proses PdP. Di antaranya, guru haruslah mencari inisiatif agar aktiviti PdP di dalam kelas lebih berkesan dengan mempelbagaikan teknik dan kaedah PdP bagi mengelakkan proses tersebut menjadi suatu yang membosankan. Pelajar pula haruslah membetulkan tanggapan negatif mereka terhadap bahasa Arab bagi menjamin proses PdP berjalan dengan sempurna. Kajian lanjutan perlu diperluaskan berdasarkan penilaian oleh guru sendiri untuk mendapatkan perbandingan dan perbezaan yang boleh mengesahkan lagi dapatan kajian yang diperolehi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectGuru
dc.subjectBahasa Arab
dc.subjectSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
dc.subjectKualiti diri
dc.subjectKualiti Pengajaran dan Pembelajaran
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKualiti diri guru serta pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab daripada perspektif pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah
dc.typetheses
dc.format.pages161
dc.identifier.barcode002429(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83691+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
726.89 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.