Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459030
Title: Kedudukan mualaf dalam pewarisan harta pusaka dan pelaksanaannya di Malaysia
Authors: Nurul�? Izzah Baharudin (P70958)
Supervisor: Noor Lizza Mohamed Said, Dr.
Keywords: Mualaf
Harta pusaka
Undang-undang
Mahkamah
Waris
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Aug-2015
Description: Perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia turut melahirkan senario pemelukan Islam. Apabila memeluk Islam, seseorang mualaf biasanya akan hilang hak untuk mewarisi harta keluarganya dan juga mewariskan hartanya kepada mereka. Perkara ini telah memberi kesan terutamanya terhadap kedudukan mereka dan isu pindahmilik dalam pewarisan harta pusaka. Keadaan lebih rumit apabila terdapat kes-kes pertikaian harta pusaka yang melibatkan kedudukan saudara baru serta warisnya yang bukan beragama Islam. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji pandangan dan perbahasan fuqaha mengenai kedudukan pewarisan mualaf serta warisnya dalam pewarisan harta pusaka menurut Islam dan menurut perundangan pewarisan harta pusaka yang sedia ada di Malaysia. Seterusnya kajian ini menganalisis bidang kuasa mahkamah berdasarkan undang-undang yang diguna pakai dalam menyelesaikan kes-kes pewarisan harta pusaka mualaf di negara ini. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan analisis dokumen primier dan sekunder sebagai kaedah pengumpulan data serta temubual separa struktur sebagai pengesahan data. Pendekatan deskriptif, deduktif dan induktif digunakan dalam menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian mendapati jumhur fuqaha bersepakat bahawa Muslim dan bukan Islam tidak saling mewarisi. Dalam pelaksanaan pembahagian harta pusaka yang melibatkan kedudukan mualaf serta warisnya yang bukan beragama Islam, undang-undang di Malaysia tidak memperuntukkannya secara khusus dalam statut Pentadbiran Agama Islam namun secara umum ianya hanya berdasarkan hukum syarak. Kajian ini juga mendapati kes-kes pertikaian yang timbul adalah rentetan dari faktor-faktor lain yang akhirnya melibatkan perebutan harta peninggalan yang ditinggalkan. Oleh kerana bidang kuasa yang terhad pada Mahkamah Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran pusaka, segala urusan perbicaraan atau tuntutan harta pusaka Muslim yang berkait dengan bukan Islam berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. Kajian ini mencadangkan supaya pihak berautoriti merangka atau menyediakan dokumen bertulis perancangan alternatif bagi pengurusan harta mualaf sebagai pendedahan kepada perkara-perkara yang akan bersangkut-paut dengan pemelukannya. Kajian ini memberi implikasi dalam pembentukan undang-undang harta pusaka Islam di Malaysia secara khusus di samping menyumbang kepada perkembangan ilmu industri perancangan dan pengurusan harta pusaka bagi orang Islam dalam masyarakat negara ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 87
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83690+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
569.92 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.