Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459029
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamaruddin Salleh, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorYang Marya Abd Khahar (P67054)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:40:28Z-
dc.date.available2023-09-13T07:40:28Z-
dc.date.issued2016-05-31
dc.identifier.otherukmvital:83689
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459029-
dc.descriptionCabaran utama Malaysia bagi menjayakan pembangunan negara-bangsanya ialah memastikan tahap kesatuan dan perpaduan di kalangan penduduk yang bersifat majmuk. Impak cabaran globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dunia masa kini antaranya adalah generasi kini semakin berani untuk mencabar sensitiviti agama yang secara tidak langsung menggugat perpaduan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia. Justeru, pemantapan perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui mata pelajaran pendidikan Islam dan moral yang merupakan asas akhlak yang kukuh daripada agama-agama merupakan pendekatan yang amat baik untuk keharmonian dan kemakmuran. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau kandungan kurikulum pendidikan Islam dan moral yang menyumbang ke arah persefahaman antara penganut agama serta bentuk kependidikan yang diterapkan guru-guru pendidikan Islam dan moral. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kefahaman dan amalan para pelajar di dalam memupuk persefahaman antara penganut agama. Untuk tujuan itu, 60 orang pelajar SMK Methodist (ACS), Ipoh menjadi responden utama dengan menggunakan metodologi kuantitatif yang dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi ujian-t (perbezaan) dan kolerasi (hubungan) menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 21.0. Manakala pihak pentadbiran dan guru-guru pendidikan Islam dan moral dijadikan sebagai informer. Hasil kajian mendapati perlaksanaan pendidikan Islam dan moral di dalam memupuk persefahaman antara penganut agama adalah di tahap yang tinggi termasuk melalui peranan guru. Malah menunjukkan keberkesanan yang tinggi terhadap kefahaman dan amalan para pelajar. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar Muslim dan Non Muslim kecuali tiga daripada tujuh indikator perlaksanaan iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran, minat dan persepsi serta permasalahan mata pelajaran. Dapatan juga menunjukkan hubungan yang positif antara kefahaman dengan amalan (r= .549 , dan sig.= 0.012 < 0.05) para pelajar di dalam memupuk persefahaman antara penganut agama.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPendidikan Islam
dc.subjectPersefahaman
dc.subjectPenganut agama
dc.subjectSMK Methodist
dc.subjectIpoh
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePerlaksanaan dan keberkesanan pendidikan Islam dan moral di dalam memupuk persefahaman antara penganut agama: kajian kes di SMK Methodist (ACS) Ipoh, Perak
dc.typetheses
dc.format.pages232
dc.identifier.barcode002426(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83689+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
795.69 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.