Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459024
Title: | Salah laku tatasusila agama dalam kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman Kuala Lumpur |
Authors: | Nik Daud Raja Hussein (P62535) |
Supervisor: | Rosmawati Mohamad Rasit, Dr. |
Keywords: | Pengetahuan agama Kesalahan salah laku Tatasusila agama Anggota polis Ibu Pejabat Polis Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Feb-2016 |
Description: | Organisasi PDRM telah memberi imej yang baik dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Walau bagaimanapun imej pasukan polis mula tercemar dengan pelbagai masalah salah laku tatasusila agama seperti rasuah, perjudian, mengambil minuman keras dan sebagainya. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan agama dan mengkaji jenis kesalahan salah laku tatasusila agama dalam kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor pendorong kepada salah laku tatasusila agama dalam kalangan responden. Rekabentuk penyelidikan dalam kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Persampelan bertujuan digunakan bagi mendapatkan seramai 389 orang responden di kawasan kajian iaitu di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan agama dalam kalangan anggota polis berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.73. Kajian juga mendapati jenis salah laku tatasusila yang paling tinggi ialah mengabaikan solat 5 waktu dengan nilai min 2.79, manakala faktor media massa menjadi faktor pendorong yang paling utama terhadap salah laku tatasusila agama dengan nilai min 2.81. Hasil kajian memberikan implikasi kepada polisi PDRM secara keseluruhan. Langkah-langkah penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang perlu dirangka untuk membendung salah laku tatasusila agama dalam kalangan anggota polis.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 159 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83685+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 327.22 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.