Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459023
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIbnor Azli Ibrahim, Prof Madya Dr.
dc.contributor.authorWan Nornaila Nadia Wan Rosni (P67134)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:40:16Z-
dc.date.available2023-09-13T07:40:16Z-
dc.date.issued2016-05-06
dc.identifier.otherukmvital:83684
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459023-
dc.descriptionIbn Qayyim al-Jawziyyah membincangkan konsep firasat dalam penghakiman pada awal perbahasan karya beliau, al-Turuq al-Hukmiyyah. Namun, terdapat kesamaran mengenai pengertian firasat tersebut, sama ada difahami sebagai qarinah (bukti), amarat (tanda-tanda) atau kebolehan hakim dalam mengenal pasti kesahihan bahan bukti. Kesamaran pengertian firasat ini menimbulkan perselisihan pendapat ulama sama ada firasat boleh digunakan sebagai landasan membuat keputusan dalam kehakiman Islam atau lebih tepat sebagai pra turuq al-ithbat (pembuktian). Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar diri Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan latar belakang al-Turuq al-Hukmiyyah. Di samping itu, kajian ini menganalisis pandangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah tentang konsep al-firasat fi al-hukm dan menganalisis kedudukan firasat dalam kehakiman Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan dengan merujuk kitab-kitab fiqh kehakiman yang muktabar yang dikarang oleh fuqaha klasik dan kontemporari. Bagi tujuan analisis data pula, kajian menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa Ibn Qayyim al-Jawziyyah adalah tokoh yang berwibawa dalam kehakiman yang mengemukakan firasat dengan cara tersendiri. Selain itu, firasat yang dimaksudkan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah ialah kebolehan hakim dalam mengenal pasti kesahihan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah dan bertindak sebagai sokongan kepada hakim dalam penilaian bukti. Ini boleh diyakini bahawa konsep firasat yang diketengahkan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah adalah berkait rapat dengan syarat kelayakan hakim yang digariskan oleh syarak.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectAl-firasat fi al-hukm
dc.subjectIbn Qayyim al-Jawziyyah
dc.subjectal-Turuq al-Hukmiyyah
dc.subjectKonsep firasat
dc.subjectKehakiman Islam
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKonsep al-firasat fi al-hukm menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyyah dalam al-Turuq al-Hukmiyyah
dc.typetheses
dc.format.pages99
dc.identifier.barcode002419(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83684+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
461.99 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.