Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459021
Title: | Tahap kesediaan berkomunikasi bahasa Arab pelajar International Language Academy (ILA) Universiti Fatoni |
Authors: | Fateehah Tohlong (P56913) |
Supervisor: | Hakim Zainal, Ustaz |
Keywords: | Bahasa Arab Komunikasi Pelajar ILA Universiti Fatoni Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Dec-2015 |
Description: | Kelemahan berkomunikasi bahasa Arab adalah masalah besar pelajar dan dipengaruhi oleh kesediaan mereka untuk berkomunikasi(WTC). WTC adalah konsep bahawa pelajar yang mempunyai kesanggupan untuk berkomunikasi dalam bahasa kedua akan mencari peluang untuk berkomunikasi dan berusaha untuk berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Instrumen yang dapat menilai tahap kesediaan berkomunikasi bahasa Arab diperlukan untuk menentukan tahap kesediaan berkomunikasi bahasa Arab. Kajian ini bertujuan menilai kebolehukuran tahap kesediaan berkomunikasi bahasa Arab pelajar ILA dan mengenal pasti faktor kekhuatiran yang mempengaruhi kesanggupan untuk bertutur bahasa Arab. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 51 item berkenaan kesediaan berkomunikasi dan 20 item faktor kekhuatiran. Data dikumpul daripada 110 orang pelajar kelas persediaan di ILA pada sesi pengajian 2014/2015. Data dianalisa mengunakan Winstep 3.72, iaitu suatu perisian berasaskan Model Rasch. Cronbach alpha untuk item WTC ialah 0.94 dan nilai kebolehpercayaan Raschnya ialah 0.91. Cronbach alpha untuk item faktor kekhuatiran ialah 0.96 dan nilai kebolehpercayaan Raschnya ialah 0.69.Hasil kajian menunjukkan bahawa indeks ukuran kesediaan berkomunikasi kalangan responden ialah antara 6.20 logit dan -1.77 logit. Pelajar bahasa Arab di ILA terbahagi kepada tiga tahap WTC iaitu tahap tinggi, sederhana dan rendah. Antara faktor utama yang paling mempengaruhi kesanggupan untuk bertutur dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar ialah kebimbangan tidak dapat menyampaikan maklumat dengan tepat, cemas apabila gagal mengungkap maksud semasa bertutur dan bimbang tidak difahami. Kajian ini menunjukkan kesahan instrumen menurut model Rasch bagi mengukur WTC dan faktor kekhuatiran. Dalam mengajar kemahiran bertutur bahasa Arab, guru perlu meningkatkan kesediaan berkomunikasi pelajar dengan aktiviti yang mendorong keyakinan diri dan memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi bahasa Arab.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 98 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83682+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 270.08 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.