Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459020
Title: Pendekatan dakwah Yayasan Faqeh dalam menangani perilaku seksual remaja autisme
Authors: Salmihah Che Mud (P74896)
Supervisor: Fariza Md Sham, Prof. Madya Dr.
Keywords: Remaja autisme
Dakwah
Yayasan Faqeh
Perilaku seksual
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Jul-2016
Description: Individu autisme dikatakan sebagai neuro-developmental disorder iaitu mengalami kecelaruan dalam perkembangan otak. Keadaan ini menyebabkan anak autisme mengalami pelbagai gangguan dan kesukaran dalam aspek kognitif, sosial, emosi, dan psikososial. Mereka mengalami perubahan daripada zaman kanak-kanak kepada zaman remaja sama seperti anak normal yang lain. Malah, mereka juga akan terlibat dengan perilaku seksual sekiranya tidak ditangani daripada peringkat awal lagi. Hal ini kerana, di Malaysia, terdapat pelbagai pusat pendidikan untuk anak autisme namun yang mendidik anak autisme menggunakan pendekatan Islam sangat kurang. Oleh itu, satu yayasan dikenalpasti mengamalkan pendidikan berteraskan al-Quran kepada anak autisme iaitu Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa atau dikenali sebagai Yayasan Faqeh. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti perilaku seksual remaja autisme dan mengkaji pelaksanaan aktiviti untuk anak autisme di Yayasan Faqeh. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan dakwah yang digunakan oleh Yayasan Faqeh dalam menangani perilaku seksual remaja autisme. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan menggunakan temu bual berstruktur dalam mendapatkan data. Data-data yang diperolehi dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan teknik tematik menggunakan perisian NVivo10. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat pendekatan dalam menangani perilaku seksual remaja autisme iaitu pendekatan dakwah bi al-hikmah, pendekatan dakwah melalui terapi al-Quran, pendekatan dakwah melalui bimbingan dan pendekatan dakwah melalui kasih sayang. Sumbangan utama kajian ini kepada disiplin dakwah adalah menangani perilaku seksual remaja autisme menggunakan pendekatan dakwah yang diperkenalkan oleh Yayasan Faqeh. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada ibu bapa dan guru dalam memberikan pendidikan yang terbaik dan dapat menangani perilaku seksual remaja autisme. Oleh itu, semua pihak daripada agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan dapat memainkan peranan dalam membantu menangani perilaku seksual remaja autisme dalam konteks Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 192
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83681+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
544.1 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.