Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459015
Title: Pemikiran Nurcholish Madjid terhadap pentafsiran ayat-ayat al-Qur'an
Authors: Bambang Irawan (P73456)
Supervisor: Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Nurcholish Madjid
Pentafsiran al-Qur'an
Pemikiran tematik
Tokoh neo-modenisme
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-May-2016
Description: Nurcholish Madjid merupakan tokoh Neo-modenisme yang cuba mengkaji semula beberapa keyakinan agama yang selama ini dianggap telah selesai dan diterima tanpa ada yang mempermasalahkannya. Dia juga telah melakukan kritikan terhadap doktrin Islam yang sudah diyakini oleh umat Islam sehingga munculnya budaya baru dalam memperlakukan hukum Islam yang terkadang cenderung kepada liberal. Budaya ini mengarah kepada kecenderungan melakukan kritikan terhadap tradisi dan teks agama. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan Nurcholish, mengenal pasti corak pemikirannya terhadap pentafsiran serta menganalisis pemikirannya terhadap ayat al-Qur'an secara tematik. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif, menggunakan pendekatan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data dianalisis melalui metode deskriptif dan tematik. Hasil kajian ini mendapati bahawa pemikiran Nurcholish terhadap pentafsiran ayat-ayat al-Qur'an menggunakan metod hermeneutik subjektif dengan pendekatan kritikan sejarah dan bahasa serta kontekstualisasi budaya dengan menekankan kepada makna dalaman. Pemikiran tematiknya bercorak ra'yi al-madhmum seperti dalam bidang aqidah, ibadah, hukum hakam serta sosial kemasyarakatan. Memandangkan Indonesia merupakan sebuah negara yang berasaskan demokrasi dan tidak mempunyai agama rasmi, maka, implikasi kajian ini ditujukan kepada pihak kementerian Agama, Majelis Ulama Indonesia (MUI), pihak universiti, untuk mengadakan percambahan ilmu dan perdebatan secara formal mengenai agama yang berasaskan aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamacah agar pemikiran liberal dapat dibendung.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 189
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83677+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
559.63 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.