Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459012
Title: | Implikasi ketegasan (al-tashaddud), kelonggaran (al-tasāhul) dan kesederhanaan (al-ictidal) dalam memutuskan taraf perawi dan hadis |
Authors: | Heyam S.M Ensair (P72724) |
Supervisor: | Fadlan Mohammed Osman, Dr. |
Keywords: | Ketegasan Kelonggaran Kesederhanaan Perawi Hadith Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Nov-2015 |
Description: | Penilaian terhadap para perawi dan hadith adalah satu perkara yang penting untuk mempertahankan Sunnah Nabi yang dilakukan sebaik-baiknya oleh para sarjana aljarh wa al-tacdil. Penilaian ini boleh dipengaruhi oleh sejauhmana sikap tegas, longgar dan sederhana para sarjana al-jarh wa al-tacdil. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk mendefinisikan ciri tegas, longgar dan sederhana yang ada pada para pengkritik dari kalangan sarjana al-jarh wa al-tacdil, menjelaskan kesan ketiga-tiga ciri tersebut dalam penilaian terhadap para perawi, di samping menjelaskan kesannya juga dalam penilaian terhadap hadith. Kajian ini menggunakan metode induktif terpilih, iaitu dengan mengekstrapolasi teks para sarjana dan mengkaji kata-kata para pengkritik. Manakala kaedah deskriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi dan tepat bagi menggambarkan kesannya dalam menilai para perawi sebagaimana kesannya juga dalam menilai hadith. Pemilihan sampel kajian adalah secara rawak daripada kalangan perawi hadith seramai 30 perawi dan dua puluh buah hadith daripada kitab-kitab sunan. Antara dapatan utama kajian ini ialah; para pengkritik terpengaruh secara langsung dengan persekitaran dan era yang mereka hidup di dalamnya. Berleluasanya bid'ah, polemik dan kepelbagaian mazhab dan kelompok pastinya menjadikan para pengkritik bersikap lebih berhati-hati dan berwaspada daripada siapa mereka meriwayatkan hadith dan syarat mereka menjadi tegas. Lantas, sikap tegas, longgar dan sederhana ini menjadi neraca pertimbangan apabila terdapat perbezaan pendapat para pengkritik terhadap seseorang perawi berbanding pengkritik lain. Sebagai contoh, jika pengkritik mencarik kredibiliti si perawi tanpa memberi penjelasan, atau melakukannya secara keterlaluan seperti mengkritik dengan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain sedangkan perkara itu boleh dimaafkan. Justeru, kesarjanaan sesetengah para pengkritik bidang al-jarh wa al-tacdil yang dianggap longgar penilaiannya adalah tidak terjejas. Ini adalah disebabkan oleh kesemua mereka itu telah diperakui kesarjanaan dan kehebatan ilmunya. Namun tujuan mereka bersikap longgar dalam penilaian itu semata-mata untuk memelihara hadith Nabi SAW dan membezakan yang sahihnya daripada yang tidak. Mengenai sampel perawi pula didapati bahawa ciri sederhana dalam menilai perawi menunjukkan nisbah yang terbesar sebanyak (44%), diikuti oleh ciri longgar sebanyak (33%), dan ciri tegas sebanyak (23%). Sementara ciri tegas dalam menilai hadith mendapat nisbah terbesar iaitu (45%), diikuti oleh ciri longgar dengan nisbah (30%) manakala ciri sederhana dalam menilai hadith di tempat terakhir dengan nisbah (25%). Impak daripada hasil kajian ini ialah ia mampu menghapuskan keraguan, menjelaskan penilaian yang betul terhadap sesetengah perawi hadith yang disifatkan sebagai 'lemah' sedangkan sifat mereka adalah sebaliknya. Kajian ini juga mampu menjelaskan penilaian terhadap hadith-hadith yang popular namun masyarakat keliru sama ada ia dacif ataupun sahih.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 175 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83292+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.