Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459011
Title: | Al-Munadamah pada era Khalifah al-Mutawakkil cAla Allah |
Authors: | Siham Milad Amar Guma (P38327) |
Supervisor: | Azmul Fahimi Kamaruzaman, Dr. |
Keywords: | Sistem al-Munãdamah Khalifah al-Mutawakkil Persada sastera Puisi Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2016 |
Description: | Permasalahan kajian ini ialah kurangnya kajian berkaitan sistem al-Munãdamah sebagai satu fenomena yang dibincangkan secara langsung sebagaimana yang terkandung dalam buku-buku atau dihurai secara khusus dalam karya penulisan yang boleh dijadikan sebagai dasar dan teori. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk menjelaskan susur galur sejarah fenomena al-Munãdamah, menentukan asal usul sebenarnya, mengkajinya pada era sebelum Islam lagi, sehingga ke era Islami, bermula dengan era awal Islam, membawa kepada era Umawi dan Abbasi, secara tepatnya pada era Khalifah al-Mutawakkil cala Allah. Kajian ini menggunakan metode deduktif dan analisis yang digunakan untuk meneliti teks-teks sejarah secara komprehensif serta menganalisinya, sebagaimana yang sesuai dengan situasi untuk memperjelaskan tujuan dijalankan kajian ini. Antara dapatan terpenting kajian ini ialah; bahawa fenomena al-Munãdamah adalah bersumberkan tamadun asing dan masuk ke dunia Arab melalui kabilah al-Ghasāsinah dan al-Manādhirah. Kajian menjelaskan bahawa perlakuan yang timbul daripada pihak para khalifah di era Umawi dan Abbasi adalah lantaran unsur-unsur yang merebak daripada institusi istana Rom dan Parsi yang kedua-duanya berinteraksi dengan al-Munãdamah seolah-olah ia sebahagian daripada istana. Fenomena itu mempengaruhi institusi istana Umawi dan Abbasi. Terdapat beberapa istilah yang digunapakai untuk al-Nadīm ini seperti al Sahīb, al-Jalīs. Namun kajian mendapati istilah tersebut tidak sepadan dari sudut makna meskipun ia digunapakai untuk golongan yang duduk mendampingi khalifah. Golongan ini mempunyai lapisan kedudukannya dan berdasarkan kedudukan itulah gelaran-gelaran itu diberikan yang masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza. Kemungkinan kesan daripada fenomena ini terhadap masyarakat ialah terbibitnya keupayaan untuk berkreatif menghasilkan puisi dan sastera yang secara tidak langsung menyumbang terhadap kebangkitan kesusasteraan yang mampu meningkatkan nilai komuniti dan ketamadunan serta memperbaharui persada sastera dalam ketamadunan Arab.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 108 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83291+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 329.6 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.