Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459010
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Arif Nazri, Dr. | |
dc.contributor.author | Ruqaya Ali Kadhim (P80021) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:39:47Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:39:47Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83290 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459010 | - |
dc.description | Dewasa ini dunia menyaksikan banyak perubahan yang besar, merangkumi setiap bidang kehidupan, diiringi oleh perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi. Ia mengakibatkan perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan, khususnya yang disaksikan oleh institusi keluarga Muslim di samping menerima kesan negatif yang boleh mendatangkan bahaya dan permasalahan besar yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat Islam. Permasalahan kajian terbesar ialah bagaimana untuk menghadapi globalisasi dan kesannya yang menjadikan ia amat berkaitan dengan kehidupan seharian dan objektifnya hampir kepada manusia atas dasar ia adalah kebangkitan pengetahuan yang tidak boleh dipinggirkan. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk menonjolkan piawaian pendidikan dalam al-Qur'an dan al-Sunnah secara umum dan menurut Muhammad Qutub, seorang pemikir Islam yang amat mengambil berat perihal pendidikan melalui karyanya secara khusus. Kajian juga menjelaskan kesan piawaian ini dalam mendepani globalisasi. Kajian ini menggunakan metode penelitian secara menyeluruh terhadap ayat al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW, dan metode analisis terhadap piawaian serta menjelaskan konsep-konsep ilmiah untuk penelitian, di samping mengkaji latar belakang kehidupan Muhammad Qutub, pandangannya mengenai globalisasi serta usaha yang mampu dilakukan oleh umat Islam untuk menghadapinya serta masa depan globalisasi yang pasti berlalu dengan izin Allah. Antara dapatan kajian utama ialah, al-Qur'an dan al-Sunnah menyediakan beberapa cara dan kaedah untuk memerangi setiap bentuk penyelewengan yang boleh menjauhkan kita daripada agama. Pelaksanaan piawaian pendidikan dalam al-Qur'an dan al-Sunnah, antaranya yang umum, ialah al-rabbaniyyah (bercirikan ketuhanan), manakala menurut Muhammad Qutub, pendidikan ialah perhubungan antara hati manusia dengan Allah. Perhubungan yang berterusan akan mendorong hati untuk kembali kepada Allah pada setiap ketika, agar ia menjadi benteng terhadap segala permasalahan yang dihadapi oleh setiap institusi keluarga, antaranya ialah globalisasi. Kesan globalisasi terhadap institusi kekeluargaan Muslim amat berbahaya dan memerlukan kepada penentangan yang serius, dengan gandingan usaha antara institusi kekeluargaan dan masyarakat. Ia bertujuan untuk menghalang penularannya dan melindungi institusi kekeluargaan Muslim daripada bahayanya. Kajian ini menyumbang kepada pertambahan ilmu pengetahuan terhadap piawaian yang khusus dengan pendidikan keluarga yang didatangkan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah, dan cabarannya terhadap globalisasi untuk memelihara kemantapan institusi kekeluargaan. Kajian ini juga menjadi sumber penting bagi institusi keluarga Muslim.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | ara | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Keluarga Muslim | |
dc.subject | Pendidikan | |
dc.subject | Fenomena globalisasi | |
dc.subject | Al-Quran | |
dc.subject | Al-Sunnah | |
dc.subject | Muhammad Qutub | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Standard pendidikan untuk keluarga menurut al-Quran dan al-Sunnah dalam menghadapi fenomena globalisasi menurut Muhammad Qutub | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 221 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83290+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.