Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459009
Title: Pengaruh kitab al-Muqaddimah al-Jazariyyah dalam penulisan karya-karya ilmu tajwid di Malaysia
Authors: Mohd Nazri Shahrom (P69623)
Supervisor: Mohd Sabri Mohamad, Dr.
Keywords: Kitab al-Muqaddimah al-Jazariyya
Ilmu tajwid
Penulisan karya
Malaysia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jun-2016
Description: Penulisan Ilmu Tajwid pada masa kini berbeza kerana ia lebih bersifat penghuraian berbanding penulisan terdahulu yang menggunakan pendekatan penulisan berbentuk nazam. Walau bagaimanapun penggunaan nazam dalam Ilmu Tajwid masih digunakan sehingga kini sebagai sumber rujukan dan penghujahan. Salah satu kitab yang terkenal menggunakan pendekatan penulisan berbentuk nazam adalah kitab al-Muqaddimah al-Jazariyyah karya Imam Muhammad bin Muhammad bin Yusuf al-Jazari. Kitab ini telah memberi kesan yang besar dalam penulisan-penulisan Ilmu Tajwid melangkaui Negara Arab hingga ke Malaysia dan Indonesia. Objektif kajian ini ialah mengkaji pengaruh pendekatan karya al-Muqaddimah al-Jazariyyah, mengkaji pendekatan penulisan karya-karya Ilmu Tajwid di Malaysia dan menganalisis pengaruh al-Muqaddimah al-Jazariyyah dalam penulisan karya-karya Ilmu Tajwid di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah analisis kandungan dan persampelan yang akan dikaji adalah kitab al-Muqaddimah al-Jazariyyah dan 21 buah karya Ilmu Tajwid di Malaysia. Dapatan yang terkumpul dianalisis melalui pendekatan deskriptif, komparatif and tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sepuluh pendekatan dalam penulisan kitab al-Muqaddimah al-Jazariyyah yang dilihat dari aspek gaya susunan, hukum-hukum bacaan dan qira'at . Sepuluh pendekatan tersebut adalah penulisan berbentuk nazam, susunan mengikut bab, mula dengan nasihat dan peringatan, memasukkan Ilmu Rasm al-Qur'an, ada dalil naqli, perbahasan diawali dengan Makhraj Huruf, pembahagian 17 Makhraj Huruf, contoh setiap hukum, membuat hurufisme dan tiada perbincangan Ilmu Qira'at. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak penulisan karya-karya Ilmu Tajwid di Malaysia terpengaruh dengan pendekatan-pendekatan penulisan kitab al-Muqaddimah al-Jazariyyah. Kajian ini membawa beberapa implikasi. Diperingkat mikro, kajian ini memberi kesedaran tentang pentingnya mempelajari Ilmu Tajwid dan amalannya. Ia turut memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang sebuah karya agung yang semakin dilupakan. Di peringkat makro pula, kajian ini dilihat penting sebagai langkah pertama ke arah memartabatkan Ilmu Tajwid sebagai salah satu ilmu utama di peringkat Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 113
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83289+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
370.01 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.