Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459008
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salmah Ahmad, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Amer Hudhaifah Hamzah (P73169) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:39:43Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:39:43Z | - |
dc.date.issued | 2016-01-06 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83288 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459008 | - |
dc.description | al-Risalah al-Fataniyyah fi al-Nahw (RF) karangan Shaykh Ahmad al-Fatani dilihat sebagai sebuah karya Nahw yang unggul dalam kalangan pencinta ilmu tradisional Melayu. Tetapi, antara naskhah manuskrip asli dan hasil percetakan RF terdapat perbezaan teks selain turut mengandungi banyak kesalahan bahasa dan percetakan. Sehubungan itu, Khazanah Fathaniyah telah menerbitkan RF edisi penyelenggaraan Wan Mohd Shaghir pada tahun 2001. Namun begitu, edisi tersebut pula mengandungi banyak kesalahan bahasa dan percetakan. Bagi menjamin kelestarian karya ini di samping mengkaji idea dan pemikiran intelektual yang ada di dalamnya, kitab RF dipilih sebagai bahan kajian Tahqiq dan analisis kandungan. Objektif yang ingin dicapai dari kajian ini adalah, mencadangkan gambaran sebenar kitab RF, mengkaji idea dan pemikiran Shaykh Ahmad al-Fatani dalam bidang Nahw serta menganalisis topik dan metodologi Shaykh Ahmad dalam menginterpretasikan ilmu ini berdasarkan karya RF. Kajian berbentuk deskriptif ini dilakukan menurut perspektif analisis kualitatif. Teori Tahqiq yang digunakan pula adalah teori yang dipelopori oleh Salah al-Din al-Munajjid. Hasil daripada kajian ini, setiap perbezaan yang berlaku berjaya ditahqiq dan setiap kesalahan dapat dijelas dan dilakukan pembetulan. Manakala hasil analisis yang dilakukan pula, didapati pemikiran Nahw Shaykh Ahmad al-Fatani adalah selari dengan aliran pemikiran ulama Nahw Baghdad, tidak kira dari sudut permasalahan furuc atau usulnya. Selain itu, ia juga menunjukkan pengaruh karya Ibn Malik dan Ibn Ajurrum terhadap sebahagian metode pemikiran dan gaya penyusunan bab Shaykh Ahmad dalam RF. Dari aspek yang lain, dapatan juga membuktikan keunggulan Shaykh Ahmad sebagai seorang pendidik yang mengajarkan disiplin ilmu Nahw kepada pelajar asasi bidang ini berdasarkan metode Sard, Tacrif, Taqsim dan Tacliq yang berkonsepkan Ikhtisar-Taysir yang digunakan. Kesimpulannya, dapat dilihat secara jelas ketokohan Shaykh Ahmad sebagai seorang ulama Melayu yang berkecimpung dalam bidang bahasa Arab. Ketokohan Shaykh Ahmad sebagai seorang ulama pendidik ini seharusnya terus dikaji dan diperhalusi secara objektif kerana masih terdapat beberapa karya Nahw, Sarf dan Balaghah karangan beliau yang tidak ditahqiq ataupun dilakukan apa-apa kajian berkaitannya. Manuskrip-manuskrip Melayu-Arab yang sehingga kini masih tersimpan di dalam repositori-repositori tempatan juga harus segera didaftar dan dikatalogkan dengan lebih baik agar pengkajiannya menjadi lebih mudah dan rancak di masa-masa yang akan datang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | al-Risalah al-Fataniyyah fi al-Nahw | |
dc.subject | Karya Nahw | |
dc.subject | Tahqiq | |
dc.subject | Manuskrip Melayu-Arab | |
dc.subject | Shaykh Ahmad al-Fatani | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kitab al-Risalah al-Fataniyyah Fi al-Nahw: tahqiq dan analisis kandungan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 138 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83288+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 700.34 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.