Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459005
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Izhar Ariff Mohd Kashim, Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Zaid Daud (P70959) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:39:37Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:39:37Z | - |
dc.date.issued | 2016-03-31 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83286 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459005 | - |
dc.description | Kemasukan produk makanan import di Malaysia semakin hari semakin pesat. Namun, kelemahan dalam sistem pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan halal oleh JAKIM telah memberi ruang kepada pengusaha yang tidak bertanggungjawab untuk tidak mematuhi manual prosedur pensijilan halal Malaysia. Kelemahan tersebut menyebabkan berlakunya pelbagai kegiatan penipuan termasuk pemalsuan sijil dan logo halal antarabangsa serta percampuran bahan ramuan tidak halal semasa pemprosesan makanan. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengkaji pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan halal terhadap produk makanan import di Malaysia. Objektif kajian juga mengenalpasti prosedur pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan halal oleh JAKIM terhadap produk makanan import. Seterusnya, kajian menganalisis implikasi tindakan pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAKIM agar status kehalalan produk makanan import sentiasa terjamin. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian kes. Data kajian diperolehi daripada sesi temu bual bersama informan yang terpilih di bahagian pemantauan dan penguatkuasaan halal JAKIM. Seterusnya data-data ini dianalisis dengan menggunakan keadah deduktif. Hasil kajian mendapati pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan halal terhadap produk makanan import di Malaysia dijalankan oleh JAKIM dan beberapa agensi kerajaan seperti KPDNKK, JAIN/MAIN, MAQIS, KKM, FOSIM, JPV dan PBT. Proses pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan adalah berpandukan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), Standard Malaysia (MS), Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) dan perintah-perintah yang berkaitan. Namun ketiadaan sebuah manual prosedur halal khusus terhadap produk makanan import oleh JAKIM serta kepelbagaian skop bidang kuasa dan perundangan yang terlibat dalam pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan halal telah memberi kesan kepada sistem pengurusan yang dijalankan. Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bidang pengurusan halal di Malaysia untuk membina sebuah manual prosedur pemantauan dan penguatkuasaan halal yang khusus terhadap produk makanan import. Implikasi kajian dapat memberikan panduan kepada para pengimport produk makanan agar jelas dengan prosedur pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAKIM. Implikasi kajian juga berguna kepada para pengguna untuk terus meyakini status kehalalan produk makanan import serta meyakini pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan JAKIM terhadap produk makanan import yang dipasarkan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Produk makanan import | |
dc.subject | Penguatkuasaan halal | |
dc.subject | JAKIM | |
dc.subject | Pengurusan pemantauan | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan halal terhadap produk makanan import oleh JAKIM di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 148 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83286+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 387.82 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.