Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459003
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIndriaty Ismail, Dr.-
dc.contributor.authorSakinah Mohammad (P67997)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:39:33Z-
dc.date.available2023-09-13T07:39:33Z-
dc.date.issued2016-09-05-
dc.identifier.otherukmvital:83284-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459003-
dc.descriptionMalaysia yang merupakan negara majoriti Islam dengan keunikan masyarakat yang berbilang di negara ini menunjukkan kewujudan pertembungan fikriyyah atau pemikiran yang semakin hangat diperbincangkan di kalangan 'alim ulama' dan masyarakat pada masa kini. Antara pemikiran yang turut disentuh adalah berkaitan pemikiran feminisme, iaitu perjuangan berkaitan emansipasi wanita. Perubahan sosio budaya dan pembaharuan zaman telah banyak mengubah corak pemikiran golongan wanita masa kini. Golongan wanita Kristian turut mempunyai pemikiran dan pendirian yang berbeza khususnya apabila berbincang mengenai feminisme dalam aspek agama, kehidupan serta perjuangan mereka berdasarkan kefahaman masing-masing. Menyedari pentingnya pandangan berkaitan feminisme di kalangan wanita Malaysia dikaji, maka kajian terhadap wanita profesional Kristian di Malaysia dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejarah dan implikasi gerakan feminisme Kristian, mengkaji peranan agama dalam kehidupan wanita Kristian profesional dan menganalisis pandangan mereka terhadap feminisme dan hubungannya dengan agama. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen dan instrumen temu bual separa struktur yang melibatkan lapan orang responden wanita profesional Kristian yang kuat beragama. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan turut menggunakan perisian Atlas.ti untuk pengekodan data temu bual. Hasil kajian menemukan gerakan feminisme telah memberi implikasi besar kepada wanita dalam pelbagai aspek kehidupan. Selain itu, kajian mendapati agama memainkan peranan penting kepada golongan wanita profesional Kristian di Malaysia dan memberi pengaruh yang besar kepada mereka dalam menanggapi isu semasa khususnya isu feminisme. Merujuk kepada feminisme, secara keseluruhannya golongan ini mempunyai kefahaman yang baik terhadap feminisme dan menyatakan sokongan agama Kristian terhadap gerakan ini. Responden juga berpandangan gerakan feminisme tiada hubungan dengan agama Kristian secara langsung dan hubungan yang wujud antara keduanya dari aspek sejarah merupakan amalan kebudayaan, bukannya sudut keagamaan. Implikasi kajian ini membuka ruang yang lebih luas kepada bidang kajian feminisme dan agama Kristian sekaligus mampu menyumbang kepada dasar kerajaan yang lebih mesra wanita dengan merujuk kepada isu-isu wanita yang diutarakan dalam kajian ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFeminisme-
dc.subjectWanita profesional-
dc.subjectAgama Kristian-
dc.subjectEmansipasi wanita-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePandangan wanita profesional Kristian terhadap agama dan feminisme masa kini di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages141-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83284+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
644.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.