Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459002
Title: Pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan aurat pergaulan remaja perempuan SMK Titingan Tawau Sabah
Authors: Nur 'Izzah Jainudin (P68762)
Supervisor: Adawiyah Ismail, Dr.
Keywords: Pergaulan
Aurat
Remaja perempuan
SMK Titingan Tawau
Sabah
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Feb-2016
Description: Gejala sosial yang melanda masyarakat muslim terutamanya dalam kalangan remaja membawa kepada permasalahan seperti kes zina, rogol, pembuangan anak, lahirnya anak tidak sah taraf, membunuh dan seumpamanya. Masalah ini mempunyai hubung kait dalam penjagaan batas aurat dan pergaulan menurut Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan pengamalan remaja terhadap batas aurat dan pergaulan menurut Islam serta menganalisis faktor yang mendorong kepada pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja dalam kehidupan. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Sejumlah 152 orang remaja perempuan muslim di tingkatan 1, 2 dan 4 SMK Titingan terpilih sebagai responden kajian. Pengumpulan data adalah melalui instrumen borang soal selidik yang diproses dalam perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) 22.0. Penganalisisan data adalah secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati purata nilai min item bagi pengetahuan responden adalah min=3.26. Manakala pengamalan responden adalah min=3.43. Item yang menunjukkan nilai min yang sederhana adalah 'Aurat sesama wanita adalah di antara dada hingga bawah lutut' min=2.81, 'Wanita tidak diharuskan keluar daripada rumah dalam keadaan berwangi-wangian' min=2.80 dan 'Saya tidak memakai minyak wangi ketika keluar rumah' min=2.82. Faktor guru adalah faktor yang menunjukkan persetujuan yang tinggi dalam mendorong remaja terhadap pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan dalam kehidupan. Implikasi kajian ini, ibu bapa dan penjaga perlu meningkatkan pengetahuan batas aurat dan pergaulan menurut Islam serta mempraktikkan secara berterusan kepada remaja. Pihak sekolah juga perlu memberi perhatian kepada remaja perempuan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran batas aurat dan pergaulan,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 117
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83283+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
397 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.