Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459000
Title: | Sains dan teknologi era Sultan Muhammad Al-Fatih |
Authors: | Ammalina Dalillah Mohd Isa (P67606) |
Supervisor: | Roziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sains dan teknologi Sultan Muhammad Al-Fatih Tamadun Islam Sejarah Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Dec-2015 |
Description: | Umum mengetahui, sains dan teknologi dalam tamadun Islam berada di puncak kegemilangannya sekitar abad ke-8M dalam kerajaan cAbbasiyyah. Namun hanya segelintir sahaja yang mengetahui kemerosotannya berlaku tidak awal dari abad ke-17M. Ini kerana, terdapat fakta yang mengatakan sains dan teknologi dalam tamadun Islam mengalami kejatuhannya pada abad ke-13M bersama-sama dengan kejatuhan Baghdad. Akan tetapi, kenyataan ini kurang tepat memandangkan kegiatan tersebut masih diteruskan dalam kerajaan cUthmaniyyah malah sekali lagi berada di puncak kegemilangannya pada abad ke-16M. Manakala kegemilangan bidang sains dalam kerajaan cUthmaniyyah ini berpunca daripada peranan dan usaha pencerahan serta kemajuan yang dilakukan oleh Sultan Muhammad al-Fatih sehinggakan bidang ini dikenali seterusnya sebagai sains cUthmaniyyah. Walau bagaimanapun, kebenaran serta peranan ini kurang diketahui. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneliti situasi aktiviti sains dan teknologi selepas abad ke-13M dalam kerajaan cUthmaniyyah, mengkaji kegiatan sains dan teknologi yang berlaku pada era pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, menganalisis peranan yang dimainkan oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam perkembangan sains dan teknologi pada era pemerintahan beliau serta menilai impak peranan Sultan Muhammad al-Fatih terhadap budaya saintifik dalam masyarakat cUthmaniyyah selepas era pemerintahan beliau. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Maklumat dan data dikumpul dari pelbagai bentuk seperti tekstual, visual dan audio visual. Data dan maklumat ini seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik teks serta deduktif. Kajian ini mendapati kegiatan sains dan teknologi dalam tamadun Islam terus berlangsung walau selepas kejatuhan Baghdad pada abad ke-13M menerusi kegiatan bidang matematik, astronomi serta perubatan dalam kerajaan cUthmaniyyah. Namun begitu, bidang yang dijalankan tidak mengalami apa-apa perkembangan dan kemajuan sehinggalah pada era Sultan Muhammad al-Fatih dengan kemunculan bidang baru seperti geografi, metalurgi dan kimia di samping perkembangan bidang perubatan, astronomi, matematik dan kejuruteraan. Kemajuan ini pula berlaku hasil transformasi yang dijalankan beliau iaitu, dengan menstabilkan politik, mengukuhkan ekonomi, memperbaharui polisi, berdialog dengan tamadun luar, membangunkan prasarana dan infrastruktur yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi dan memberi galakan kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama memajukan bidang tersebut. Hasilnya telah melahirkan bidang sains cUthmaniyyah yang asli dan tulen dari kerajaan cUthmaniyyah dan seterusnya memberi impak positif terhadap perkembangan bidang ini pada era seterusnya yang membawa bidang ini ke era kegemilangannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 211 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83281+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 451.18 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.