Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458999
Title: | Peranan Islamic Propagation Society International (IPSI) dalam proses penerapan akidah di Pulau Pinang |
Authors: | Ruqayyah Hanis Che Hassan (P67624) |
Supervisor: | Ahmad Munawar Ismail, Dr. |
Keywords: | Islamic Propagation Society International Akidah Islam Dakwah Pulau Pinang Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Sep-2016 |
Description: | Islamic Propagation Society International Malaysia (IPSI) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Pulau Pinang. Pertubuhan ini pada mulanya beroperasi di sekitar Masjid Kapitan Keling dengan cara membimbing pelancong bukan Islam yang berada di sekitar masjid ini. Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) IPSI memainkan peranan penting dalam menerapkan akidah kepada masyarakat di negeri Pulau Pinang bahkan di arena antarabangsa. IPSI juga malahan mendapat pengiktiran daripada pelbagai pihak. Walaupun terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain di Pulau Pinang, namun permasalahan pemahaman dan penyelewengan akidah Islam dalam kalangan masyarakat masih lagi berlaku dan membimbangkan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah konsep dan pengaruh akidah Islam yang sebenar serta peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam proses penerapan akidah dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti latar belakang penubuhan, peranan dan cabaran yang dihadapi oleh IPSI sebagai institusi agama dalam menerapkan akidah kepada masyarakat terutama saudara-saudara baru dari pelbagai tempat dan negara. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual untuk memperoleh data melalui sampel yang dipilih secara bertujuan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa IPSI berperanan penting dalam melaksanakan misi menerapkan akidah dan dakwah kepada masyarakat di Pulau Pinang dan antarabangsa disamping menjadikan Islam sebagai realiti hidup masyarakat secara berterusan, sistematik dan relevan. Secara umum proses menerapkan akidah oleh IPSI kepada masyarakat adalah melalui ceramah awam, seminar, forum, pameran dan pelbagai sebaran melalui medium media cetak dan elektronik. Manakala kaedah menerapkan akidah paling utama bagi IPSI adalah melalui program Jelajah Masjid (Awareness through Masjid Tour(ATMT) iaitu membimbing pelancong-pelancong yang melawat ke Masjid dengan akidah dan fahaman Islam. Di samping itu, kajian ini memberi implikasi penting kepada pertubuhan kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain dalam usaha menerapkan akidah Islam kepada seluruh masyarakat dengan menjadikan IPSI ini sebagai contoh untuk penambahbaikan metodologi dan proses menerapkan akidah Islam. Sebagaimana program Jelajah Masjid diiktiraf oleh negara luar maka seharusnya pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan di Malaysia mengambil contoh pendekatan ini dalam menerapkan akidah kepada masyarakat Muslim mahupun bukan Muslim,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 134 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83280+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 580.47 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.