Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458998
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nur Hasanah Ishar (P68641) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:39:24Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:39:24Z | - |
dc.date.issued | 2016-09-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83279 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458998 | - |
dc.description | Kelahiran anak kelainan upaya adalah anugerah Allah SWT yang berharga, sama seperti anak-anak normal yang lain. Pelbagai sokongan dan bantuan disediakan oleh kerajaan terhadap anak kelainan upaya, walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, masyarakat sering kali digemparkan dengan berita-berita mengenai pengabaian dan penderaan terhadap golongan OKU. Antara punca kejadian adalah disebabkan tekanan dan cabaran yang dialami ibu bapa dalam membesarkan anak ini, keperluan pengurusan yang tinggi serta kekurangan perkhidmatan dan sokongan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tanggungjawab pihak kerajaan, masyarakat dan ibu bapa dalam memberi sokongan terhadap golongan OKU menurut Islam. Selain itu, kajian ini adalah untuk menganalisis sokongan kerajaan dan cabaran ibu bapa terhadap pengurusan anak-anak OKU muslim di negeri Selangor dan seterusnya mencadang penambahbaikan sokongan terhadap anak-anak OKU muslim di Negeri Selangor. Pemilihan Negeri Selangor sebagai lokasi kajian kerana mencatatkan bilangan pendaftaran OKU paling tinggi berbanding negeri-negeri lain. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis kandungan dan temu bual separa struktur sebagai pengesahan data bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ibu bapa beragama Islam yang mempunyai anak OKU. Data yang terkumpul dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa Islam menekankan tanggungjawab kerajaan, masyarakat dan keluarga OKU memberi sokongan dan bantuan terhadap golongan ini baik dari aspek material, sosial dan spiritual. Kajian juga mendapati mekanisme sokongan yang diberi oleh kerajaan terhadap anak-anak OKU muslim di Negeri Selangor adalah meliputi aspek material iaitu bantuan kewangan. Manakala dari aspek sokongan sosial pula bantuan yang diberikan ialah pendidikan, perubatan dan infrastruktur awam. Sementara itu, bantuan dari aspek spiritual yang diberikan ialah pengajian agama. Dapatan kajian turut mendapati cabaran yang dilalui oleh ibu bapa dalam mengurus anak-anak OKU antaranya ialah cabaran dana bantuan yang tidak mencukupi, pendidikan khas untuk OKU yang tidak menyeluruh kepada semua kategori anak OKU, infrastruktur yang tidak mesra OKU serta pendidikan spiritual/agama yang kurang diberi penekanan. Kajian ini menyumbang kepada keperluan penambahbaikan sokongan yang sedia ada terhadap OKU dan juga penjaganya, dari aspek material, sosial dan juga spiritual, bagi menjamin kesejahteraan kehidupan golongan OKU dan penjaganya. Implikasi kajian mencadangkan diwujudkan satu jabatan khusus di bawah institusi agama di peringkat negeri untuk golongan OKU muslim bagi memantau kebajikan serta pembangunan spiritual mereka lebih terjamin.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Anak kelainan upaya | |
dc.subject | Sokongan kerajaan | |
dc.subject | Muslim | |
dc.subject | Selangor | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Sokongan kerajaan terhadap anak kelainan upaya Muslim di negeri Selangor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 138 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83279+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 566.28 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.