Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458996
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliza Mohd Kusrin, Dr.
dc.contributor.authorNorhidayah Md Saleh (P62519)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:39:20Z-
dc.date.available2023-09-13T07:39:20Z-
dc.date.issued2016-01-08
dc.identifier.otherukmvital:83277
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458996-
dc.descriptionPelbagai hak perundangan dan bantuan disediakan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan terhadap ibu tunggal di Malaysia.Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai ibu tunggal yang tidak menyedari hak-hak dan bantuan tersebut menyebabkan hidup mereka lebih sukar dan tertekan.Sikap sebahagian ibu tunggal yang agak pasif juga menyebabkan mereka kurang maklumat berkenaan saluran bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan terhadap golongan ibu tunggal. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hak-hak ibu tunggal menurut perspektif Islam sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran, hadis dan pandangan ulama, menjelaskan hak-hak ibu tunggal Muslim menurut undang-undang di Malaysia dan mengenalpasti bantuan-bantuan terhadap ibu tunggal Muslim di Malaysia. Metodologi kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisa kandungan terhadap kitab-kitab fiqh, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri, jurnal-jurnal, artikel-artikel, tesis, Jurnal Hukum, portal rasmi kerajaan yang terlibat, phamplet jabatan kerajaan, laporan tahunan dan laporan akhbar. Kajian mendapati bahawa definisi konsep ibu tunggal menurut syariah dan sivil adalah berbeza kerana definisi menurut sivil tidak mengambil kira hubungan perkahwinan yang memberi kesan berbeza kepada anak yang sah taraf. Dapatan kajian mendapati bahawa hak-hak ibu tunggal menurut perundangan di Malaysia adalah selari dengan hukum syarak.Wujudnya pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan mencakupi aspek kewangan, perundangan, kemahiran, perlindungan, sokongan dan kesejahteraan emosi. Kajian mencadangkan kepada keperluan penguatkuasaan pendaftaran ibu tunggal bagi memudahkan maklumat dan saluran berkenaan hak perundangan dan bantuan dapat disampaikan. Kajian juga mencadangkan penyediaan buku panduan berkenaan maklumat bantuan terhadap ibu tunggal bagi memudahkan mereka mendapat maklumat yang tepat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIbu tunggal Muslim
dc.subjectHak perundangan
dc.subjectPerspektif Islam
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHak perundangan dan bantuan terhadap ibu tunggal Muslim di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages187
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83277+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
654.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.