Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458992
Title: Perspektif maqasid al-shari'ah terhadap tafsiran hermeneutika Islam liberal
Authors: Norfazila Hassan (P67924)
Supervisor: Anwar Fakhri Omar, Ustaz
Keywords: Islam liberal
Hukum syarak
Hermeneutika
Maqasid al-shari'ah
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Jan-2016
Description: Islam Liberal telah menawarkan hukum syarak yang mempunyai ciri-ciri baru untuk menggantikan hukum-hukum syarak yang telah diistinbat oleh para ulama dahulu. Mereka beranggapan bahawa hukum-hukum syarak yang sedia ada merupakan faktor kepada kemerosotan umat Islam, kerana sifatnya yang beku dan tidak meraikan perubahan zaman. Metodologi Usul al-Fiqh merupakan kaedah unggul dalam istinbat hukum syarak. Namun demikian, Islam Liberal mendakwa bahawa metode ini telah mengabaikan kehendak dan keperluan manusia dan bercadang untuk menggantikan dengan tafsiran Hermeneutika. Menurut mereka, Hermeneutika merupakan metode terbaik dalam memahami teks-teks syarak, di samping dapat menghubungkan antara kehendak manusia dan cabaran kontemporari. Tambahan pula, mereka meyakini bahawa metode Hermeneutika boleh menghasilkan hukum syarak yang memenuhi kemaslahatan manusia. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hukum-hukum syarak yang mereka ketengahkan berdasarkan Maqasid al-Sharicah, sama ada menepati kehendak maslahah seperti menurut syarak ataupun sebaliknya. Rekabentuk kajian adalah kajian kualitatif, dan menggunakan analisis kandungan sebagai instrumen. Pengumpulan data adalah berdasarkan kepada jurnal, tesis dan buku-buku yang berkaitan dengan kajian. Kemudian, data dianalisis berdasarkan kepada analisis perbandingan. Berdasarkan daripada kajian yang telah dilakukan, didapati bahawa konsep kemaslahatan yang mereka nyatakan bertentangan dengan konsep kemaslahatan berdasarkan Maqasid al-Sharicah seperti yang digariskan oleh para ulama fiqh. Kajian ini penting kerana hukum-hukum syarak yang didatangkan oleh Islam Liberal bukan sahaja merombak hukum yang sedia ada, namun bertentangan dengan konsep thawabit dan maslahah. Di samping itu, ia juga menjadikan hukum-hukum Islam sering berubah dan berkompromi dengan hawa nafsu. Oleh yang demikian, kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat gejala pemikiran sedemikian di pelbagai peringkat institusi dan masyarakat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 95
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83009+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
441.13 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.