Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458988
Title: Penglibatan dan kepekaan ibu Muslim dalam penontonan kartun animasi di Bandar Baru Bangi
Authors: Nur 'Azizah Mohamed Najib (P68730)
Supervisor: Rosmawati Mohamad Rasit, Dr.
Keywords: Kartun animasi
Ibu Muslim
Pengaruh nilai
Budaya asing
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Jul-2016
Description: Kartun animasi mengandungi nilai dan budaya yang dibawa oleh watak-watak serta jalan cerita yang diaturkan oleh pelukis. Kartun animasi mempunyai potensi dalam membentuk pemikiran anak-anak. Namun, anak-anak yang terdedah dengan amalan menonton televisyen yang tidak terkawal menjadikan mereka mudah terpengaruh dengan nilai-nilai yang bercanggah dengan Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan anak-anak meluangkan masa menonton kartun animasi dalam seminggu dan mengenal pasti penglibatan para ibu dalam mengawasi anak-anak ketika mereka menonton. Kajian ini turut mengkaji kepekaan para ibu tentang nilai-nilai yang terkandung dalam kartun animasi yang ditonton oleh anak-anak mereka. Kajian ini merupakan kajian fenomenologi melalui kaedah pengumpulan data secara perbincangan kumpulan tumpuan di sekitar Bandar Baru Bangi. Data kajian dianalisis secara tematik. Pemilihan peserta kajian untuk ditemu bual adalah berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan. Hasil kajian menunjukkan majoriti anak-anak meluangkan masa setiap hari dalam seminggu dengan menonton kartun animasi manakala majoriti peserta kajian mengakui jarang-jarang melibatkan diri dalam penontonan kartun animasi anak-anak. Hal ini menjadi satu perkara yang boleh dipertikai apabila majoriti peserta kajian turut menunjukkan kepekaan yang rendah tentang nilai dan budaya yang terkandung dalam kartun animasi yang ditonton oleh anak-anak. Kajian mendapati semakin tinggi tahap penglibatan para ibu dalam penontonan kartun animasi, semakin tinggi tahap kepekaan mereka terhadap isi kandungannya. Kajian turut mendapati para ibu boleh meluangkan masa untuk menonton kartun animasi bersama anak-anak dengan lebih kerap jika mereka menetapkan waktu, tempoh dan medium yang sesuai untuk anak-anak. Justeru, kajian mengenai penontonan kartun animasi dalam kalangan kanak-kanak amat penting kerana para ibu perlu mencari kaedah alternatif bagi membolehkan mereka melibatkan diri secara aktif dan memantau anak-anak mereka ketika menonton kartun animasi untuk mengelakkan kanak-kanak daripada dipengaruhi nilai dan budaya asing.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 151
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83005+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
603.19 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.