Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458987
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Basir Mohammad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Sahrin Haji Kadih (P56928) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:39:02Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:39:02Z | - |
dc.date.issued | 2016-03-31 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83004 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458987 | - |
dc.description | Fenomena jenayah persetubuhan luar nikah yang berlaku dalam dekad terakhir ini telah menimbulkan kebimbangan yang serius terhadap masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Undang-undang yang berkuatkuasa dan usaha-usaha pencegahan yang dibuat sejak sekian lama belum dapat memberikan penyelesaian yang efektif. Justeru, kajian ini dijalankan terhadap peruntukan undang-undang dan kes-kes yang telah disabitkan bagi mengenalpasti punca-punca atau sebab-sebab terjadinya jenayah ini, dan seterusnya mencadangkan kaedah pencegahan yang lebih efektif. Kajian ini adalah berbentuk kajian kes berdasarkan analisis dokumen yang direkodkan di mahkamah Sharciyyah. Observasi persekitaran juga dibuat melalui budaya, cara hidup dan cara berfikir masyarakat. Selain itu, kajian ini juga dijalankan melalui temubual separa berstruktur terhadap pesalah dan temubual tidak berstruktur dengan pendaftar mahkamah Sharciyyah, penguatkuasa agama dan agensi-agensi berkenaan. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menghubungkaitkan secara mendalam dengan unsur-unsur yang menyebabkan jenayah ini berleluasa dalam kalangan masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa undang-undang yang sedia ada belum dapat membendung jenayah ini dengan berkesan. Di samping itu, wujud pula unsur-unsur yang mendorong kepada kebangkitan hawa nafsu dalam persekitaran hidup masyarakat. Justeru, undang-undang pencegahan yang mantap perlu dilaksanakan bagi menghalang unsur-unsur tersebut daripada berleluasa. Implikasi kajian ini mencadangkan agar agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Hal Ehwal Agama untuk menggubal atau meminda Bab 177 dan 178 Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, bagi menghalang unsur-unsur zina secara lebih spesifik. Pada masa yang sama, sistem pendidikan negara juga perlu dimantapkan dengan konsep penjanaan iman masyarakat melalui Kementerian pendidikan. Selain itu, Bahagian penyiaran juga perlu membuat tapisan yang ketat terhadap tayangan-tayangan dan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan Islam sebelum dipersembahkan kepada masyarakat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Persetubuhan luar nikah | - |
dc.subject | Undang-undang jenayah | - |
dc.subject | Jenayah zina | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Jenayah persetubuhan luar nikah di negara Brunei Darussalam : faktor dan penyelesaian | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 223 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83004+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 448.57 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.