Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458986
Title: Kedudukan perintah khidmat masyarakat dalam kerangka takzir di Mahkamah Syariah Malaysia
Authors: Arifah Rahimah Haji Ismail (P67100)
Supervisor: Mohd. Al Adib Samuri, Dr.
Keywords: Hukuman takzir
Mahkamah Syariah Malaysia
Perundangan Islam
Khidmat masyarakat
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Nov-2015
Description: Pelaksanaan perintah khidmat masyarakat tidak pernah dibahaskan oleh ulama fiqh klasik dan kontemporari sebagai satu hukuman dalam sistem peradilan Islam. Malahan, perintah ini juga begitu terhad dilaksanakan di negara Muslim, termasuklah Malaysia. Walaupun begitu, terdapat pelbagai usaha sarjana dan institusi yang mahu menjadikan perintah khidmat masyarakat dilaksanakan di Mahkamah Syariah Malaysia. Namun, terdapat beberapa permasalahan yang wujud dalam usaha untuk merealisasikannya. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep hukuman takzir yang dilihat menjadi dasar permasalahan kepada kajian ini. Selanjutnya, kajian ini akan menilai kesesuaian pelaksanaan perintah ini sebagai satu bentuk hukuman di Mahkamah Syariah, dan di akhirnya kajian ini akan mengkaji keselarian perintah khidmat masyarakat ini dengan konsep hukuman takzir menurut pandangan fiqh. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dalam reka bentuk kajian kes dengan menggunakan metod analisis dokumen dan temu bual mendalam separa struktur terhadap tiga orang Hakim Syarie iaitu di Kedah, Perak dan Terengganu. Semua data temu bual ditranskripkan secara verbatim dan dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik dan deskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa perintah khidmat masyarakat ini selari dengan objektif penghukuman dan prinsip asas dalam penentuan hukuman takzir. Kajian ini juga mendapati bahawa perintah khidmat masyarakat telah menepati beberapa elemen hukuman takzir sebagaimana yang dibahaskan oleh ulama fiqh dari aspek pelaksanaan hukuman alternatif, kuasa budi bicara hakim, teori asas penghukuman dan konsep penebusan dosa. Perintah khidmat masyarakat ini juga adalah suatu hukuman yang memenuhi prinsip Maqasid Syarciyyah. Hasil dapatan daripada temu bual turut mendapati bahawa para partisipan berpandangan perintah ini adalah satu hukuman yang sah di sisi perundangan Islam dan sesuai dilaksanakan di Mahkamah Syariah Malaysia. Implikasi kajian ini mendapati bahawa perintah ini mempunyai prospek yang cerah untuk dilaksanakan di Mahkamah Syariah tetapi ia memerlukan kepada satu pindaan peruntukan perundangan yang boleh mengukuhkan lagi pelaksanaannya pada masa hadapan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 198
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83003+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
234.61 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.