Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458982
Title: | Pengaruh Haji Sulong bin Abdul Kadir (1895-1954) dalam aktiviti dakwah Islamiah di Patani |
Authors: | Torrik Tohming (P33893) |
Supervisor: | Othman Haji Talib, Ustaz |
Keywords: | Dakwah Haji Sulong Abdul Kadir Dakwah Patani Ulama-Pattani (Thailand : Province) |
Issue Date: | 13-Apr-2011 |
Description: | Kajian ini merupakan satu kajian yang membahaskan pengaruh Haji Sulong bin Abdul Kadir (1895-1954) dalam aktiviti dakwah Islamiah di Patani. Kajian ini juga membahaskan tiga aspek daripada kegiatan Haji Sulong Abdul Kadir terhadap masyarakat Melayu Patani. Haji Sulong Abdul Kadir ialah seorang ulama yang banyak memainkan pengaruh semenjak daripada beliau pulang dari Makkah pada tahun 1927 sehinggalah beliau hilang secara misteri pada tahun 1954. Pembahasan dibahagikan kepada tiga bahagian; agama, pendidikan dan politik. Dalam hal agama, beliau cuba mempertahankan status Shari'ah Islam dengan menubuhkan Hay'at alMunfidhah c ala al-Ahkam al-Shar c iyyah. Selepas itu, beliau menggalakkan orang ramai untuk membangunkan Madrasah al-Ma c arif al-Wataniyyah iaitu sebuah sekolah agama bentuk moden. Itu merupakan kegiatan beliau dalam pendidikan, manakala dalam bidang politik pula, beliau telah menuntut tujuh perkara penting kepada kerajaan pusat. Tujuh tuntutan itu adalah merangkumi perkara yang penting iaitu meminta autonomi Patani, mempertahankan bangsa dan Bahasa Melayu, taraf ekonomi dan kemudahan dalam pendidikan. Perkara tersebut juga membawa kepada penangkapan beliau pada tahun 1947 dan dipenjarakan. Beliau seterusnya hilang secara misteri pada tahun 1954. Ramai yang mempercayai beliau telah dibunuh oleh polis Siam. Hal ini mendatang kemarahan kepada penduduk Melayu Patani sehingga mereka bangkit menentang kerajaan Siam sebagai menyambung perjuangan beliau dalam membebaskan Patani sehingga sekarang.,Sarjana |
Pages: | 115 |
Call Number: | BP80.S88 T645 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82005+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.