Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458981
Title: Nafkah anak tak sah taraf menurut peruntukan undang-undang keluarga Islam di Negeri Sembilan
Authors: Siti Nurulhuda Ismail (P62550 )
Supervisor: Mohd Al Adib Samuri, Dr.
Keywords: Nafkah anak tidak sah
Baitulmal
Support (Domestic relations law
Islamic)
Issue Date: 3-Sep-2015
Description: Kedudukan anak tak sah taraf yang tidak diiktiraf menyebabkan saraan nafkah mereka menjadi pertikaian.Walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang menyatakan tentang saraan nafkah mereka, namun peruntukan ini tidak efektif dan terhad. Keadaan menjadi lebih rumit apabila peruntukan sedia ada tidak menepati hukum syarak kerana tiada penglibatan Baitul Mal sebagai sebuah organisasi yang berperanan memberi bantuan kepada mereka. Objektif kajian adalah untuk mengupas perbahasan fuqaha' mengenai tanggungjawab saraan nafkah anak tak sah taraf, mengkaji peruntukan undang-undang di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia dan peranan Baitul Mal dalam menyara nafkah anak tak sah taraf. Di samping itu kes-kes berkaitan permohonan nafkah anak tak sah taraf di Baitul Mal Negeri Sembilan dianalisis. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan temubal dalam proses pengumpulan data dan dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati peruntukan Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri di Malaysia tidak menghuraikan dengan jelas siapakah yang sepatutnya berhak menyara nafkah anak tak sah taraf sepertimana yang ditetapkan oleh syarak sekiranya ibu tidak berkemampuan. Seterusnya, kajian mendapati hanya peruntukan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 sahaja yang membenarkan permohonan bantuan nafkah anak tak sah taraf boleh dibuat di Baitul Mal melalui perintah Mahkamah Syariah. Bagi negeri-negeri lain peruntukan untuk menjaga kebajikan anak tak sah taraf ini telah dimansuhkan agar tidak menggalakkan zina. Seterusnya, berdasarkan analisis kes-kes permohonan yang dibuat di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, kajian mendapati bahawa prosedur yang memakan masa yang panjang dan kurangnya pengetahuan tentang bantuan nafkah anak tak sah taraf menjadi punca kaum wanita yang melahirkan anak tak sah taraf tidak memohon bantuan nafkah. Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada ibu-ibu anak tak sah taraf berkenaan hak anak tersebut yang dinyatakan dalam peruntukan. Implikasi kajian mencadangkan peruntukan bantuan nafkah anak tak sah taraf hanya dibuat melalui prosedur di Baitul Mal bagi mengelakkan proses perundangan yang panjang jika dibuat di Mahkamah bagi melindungi kepentingan anak-anak ini.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 121
Call Number: BP158.S88 S58 2015 tssis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82002+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.