Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458980
Title: Berdakwah menerusi facebook dalam kalangan facebook-daie di Malaysia dan penerimaannya oleh mahasiswa pengajian Islam
Authors: Najidah Zakariya (P61392)
Supervisor: Abu Dardaa Mohamad
Keywords: Facebook-daie
Dakwah
Pengajian Islam
Da'wah (Islam)
Issue Date: 23-Jan-2015
Description: Kajian ini membincangkan tentang berdakwah menerusi Facebook dalam kalangan Facebook-daie di Malaysia dan penerimaannya oleh mahasiswa pengajian Islam. Facebook merupakan gagasan kecil yang lahir daripada perkembangan teknologi pada masa kini. Ia bukan sahaja dapat menghubungkan antara satu sama lain, bahkan dapat menyalurkan pelbagai maklumat untuk santapan minda dan rohani masyarakat. Berdakwah menerusi Facebook dilihat mampu mengubah persekitaran masyarakat dalam menimba ilmu jika ia digunakan dengan cara yang betul. Namun, sehingga kini penerimaan masyarakat terhadap dakwah yang disampaikan menerusi laman sosial Facebook masih belum diketahui tahap penerimaannya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dakwah menerusi Facebook dalam Islam, mengenal pasti tema yang sering digunakan oleh Facebook-daie dalam menyampaikan dakwah dan seterusnya menganalisis penerimaan pelajar pengajian Islam terhadap dakwah menerusi Facebook. Metodologi kajian adalah kaedah tinjauan, data diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada para pelajar Dakwah modul komunikasi iaitu seramai 140 orang responden dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Responden yang diambil adalah berdasarkan kepada kaedah persampelan bertujuan yang boleh memberi maklumat yang tepat kepada pengkaji terhadap kajian ini. Data dianalisis dalam perisian komputer SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 21.0 dengan menggunakan teknik statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa 81.5 peratus responden mengakui dakwah yang disampaikan menerusi Facebook dapat menambah kesedaran mereka tentang Islam, dan seramai 67.8 peratus responden bersetuju dan menerima pendekatan berdakwah dengan menggunakan aplikasi Facebook. Kajian mendapati bahawa penggunaan Facebook dalam berdakwah memberi implikasi yang sangat efektif dan efisien terhadap mad'u iaitu dalam kalangan mahasiswa khususnya pelajar pengajian Islam. Ini kerana, respons yang diterima oleh mereka adalah pantas dan terdapat ruang pertukaran pandangan dan buah fikiran antara pendakwah dengan individu yang lain.,Master
Pages: 124
Call Number: BP170.85 .N338 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81989+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.