Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458979
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Al Adib Samuri, Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Shaiffudin Abu Bakar (P64062) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:38:47Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:38:47Z | - |
dc.date.issued | 2014-06-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81988 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458979 | - |
dc.description | Penglibatan kanak-kanak dalam jenayah di Malaysia semakin membimbangkan sehingga menyebabkan perintah pemenjaraan terhadap golongan ini menjadi pilihan yang dominan untuk diputuskan oleh mahkamah terhadap mereka. Pihak mahkamah memilih perintah ini dengan harapan mampumengurangkan masalah jenayah yang melibatkan golongan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, keperluan untuk meneliti kembali hukuman ini daripada perspektif Islam perlu lebih ditekankan oleh pihak berwajib, bagi memastikan pelaksanaannya adalah berpandukan kepada hukum syarak. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana Islam membenarkan hukuman ini dilaksanakan terhadap kanak-kanak. Selain itu, tujuannya adalah untuk meneliti garis panduan pelaksanaan perintah pemenjaraan bagi pesalah kanak-kanak. Kajian ini menggunakan metod analisis kandungan terhadap sumber primer iaitu kitab-kitab fiqh muktabar pelbagai mazhab. Kajian pemerhatian dilakukan di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti Kajang bagi mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan perintah pemenjaraan pesalah kanak-kanak. Hasil kajian mendapati hukuman pemenjaraan terhadap kanak-kanak adalah diharuskan pelaksanaannya di negara ini menurut syarak. Walau bagaimanapun, perjalanan pelaksanaannya hendaklah sentiasa dipantau perjalanannya dan tatacara pelaksanaannya. Selain itu, kajian turut mendapati bahawa Islam tidak hanya menyuruh untuk melaksanakan hukuman semata-mata, tetapi turut menitik beratkan berkaitan hak-hak asasi kemanusiaan terhadap setiap individu termasuklah banduan harus diutamakan. Ini termasuklah dari aspek keselamatan diri, pendidikan yang berasaskan kepada akademik dan agama, rawatan dan keperluan yang paling utama adalah dari sudut pemulihan psikologi pesalah. Implikasi kajian ini mampu memberi impak kepada pihak perundangan khususnya pihak mahkamah dalam menentukan bentuk hukuman yang lebih sesuai kepada para pesalah kanak-kanak. Kajian ini memberi sumbangan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan peradilan jenayah kanak-kanak di Malaysia sebagai satu rujukan dan juga panduan.,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pemenjaraan | |
dc.subject | Pesalah Kanak-Kanak | |
dc.subject | Children (Islamic law)-Imprisonment. | |
dc.title | Perintah pemenjaraan terhadap pesalah kanak-kanak menurut perspektif Islam di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 101 | |
dc.identifier.callno | BP158.C474 M847 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001575 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.