Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458976
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ustaz Ezad Azraai Jamsari | - |
dc.contributor.author | Noorsafuan Che Noh. (P40486) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:38:42Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:38:42Z | - |
dc.date.issued | 2011-08-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81849 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458976 | - |
dc.description | Disertasi ini membincangkan tentang ketenteraan darat dan laut pada zaman Ayyubi yang memberi fokus kepada kajian sejarah dari zaman pemerintahan pengasas Kerajaan Ayyubiyyah iaitu, Sultan Salah al-Din al-Ayyubi (564-589H/1169-1193M). Kajian mengenai ketenteraan darat dan laut ini hanya difokuskan pada era pemerintahan Sultan Salah al-Din al-Ayyubi yang bermula pada tahun 564H/1169M sehingga tahun 589H/1193M. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejarah perkembangan ketenteraan pada zaman Ayyubi, terutama semasa tempoh perang jihad atau perang Salib. Kajian ini turut menganalisis sejarah perkembangan ketenteraan darat dan laut dari pelbagai aspek, di samping menilai tahap kekuatan dan formasi yang digunakan oleh tentera Ayyubi dari segi taktik, kelengkapan persenjataan dan kekuatan bantuan dalam organisasi ketenteraan darat mahu pun laut. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif menerusi metode historical study dan content analysis seperti penelitian terhadap buku atau kitab yang dikaji. Hasil kajian ini mendapati kekuatan ketenteraan zaman Ayyubi diperkuatkan oleh penyatuan umat Islam yang mempunyai pelbagai fikrah seperti penyatuan Sunni dan syiah serta penyatuan kekuasaan Mesir dan Syria di bawah satu ketumbukan ketenteraan. Selain itu, para pemimpin Islam turut mengenepikan kepentingan politik peribadi dan mengutamakan pembentukan kekuatan ketenteraan Islam di bawah satu kepimpinan. Tentera Ayyubi turut diakui kehebatan dalam bertempur dan dalam beribadat sehingga digelar ‘Abid di malam hari dan singa di siang harinya'. Ketenteraan Ayyubi di bawah pimpinan Salah al-Din al-Ayyubi telah mencapai satu tahap yang membanggakan kepada dunia Islam sehingga kekuatan ketenteraan beliau amat ditakuti oleh tentera Salib. Ketakutan ini muncul hasil daripada pengurusan ketenteraan yang hebat dan kekuatan kerohanian yang tinggi. Hasil daripada sistem ketenteraan yang tersusun pada zaman tersebut telah menyebabkan wilayah Islam pada masa tersebut dapat dipertahankan dari serangan tentera Salib. Kemenangan terbesar yang diraih Salah al-Din al-Ayyubi ialah pembukaan kembali Bayt al-Maqdis. Kemenangan ini memberi tamparan hebat kepada tentera Salib.,Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Military history | - |
dc.subject | medieval. | - |
dc.subject | Ketenteraan darat dan laut | - |
dc.subject | Salah al-Din al-Ayyubi | - |
dc.subject | Pendidikan alam sekitar | - |
dc.subject | Pedagogi | - |
dc.title | Sejarah ketenteraan darat dan laut pada zaman Salah al-Din al-Ayyubi | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 181 | - |
dc.identifier.callno | D128 .N638 2011 | - |
dc.identifier.barcode | 001500 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81849+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.56 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.