Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458975
Title: Tauhid sosial dalam pemikiran Amien Rais
Authors: Mulyadi Zakaria. (P36294)
Supervisor: Ibrahim Abubaka, Prof. Madya
Keywords: Islam-social aspects-Indonesia
Tauhid sosial
Issue Date: 21-Apr-2011
Description: Permasalahan yang dihadapi umat Islam mulai abad moden hingga ke hari ini semakin kompleks dan perlu penyegaran semula dalam semua aspek kajian Islam, baik dari sudut metodologi hinggalah pada sudut praktikya. Krisis multidimensi dari aspek sosial budaya, ekonomi, hukum undang-undang, politik dan lain-lain menjadikan umat Islam kehilangan identitinya sebagai umat terbaik semenjak kemunculan Islam dahulu. Fokus permasalahan kajian ini adalah bagaimanakah Tauhid Sosial mengikut Amien Rais, sehingga mampu menyelesaikan persoalan-persoalan bangsa dan negara Indonesia yang sebelumnya dipimpin oleh Orde Baru, dimana pada masa ini banyak berlaku penyelewengan-penyelewengan yang menjadi perhatian bagi Amien Rais. Objektif kajian ini secara umum adalah untuk memahami konsep dan pemikiran Tauhid Sosial dalam pandangan Amien Rais, juga ingin melihat sejauh mana kepentingan pemikiran sebagai tokoh politik dan agama sehingga menjadi suatu asas penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Indonesia secara khususnya, dan umat Islam secara umumnya serta pengaruhnya terhadap pembangunan ideanya untuk masa sekarang dan akan datang. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah sepenuhnya menggunakan kajian literatur yang berkaitan dengan karya-karya primer oleh Amien Rais dan karya-karya sekunder oleh para intelektual lain, kemudian dianalisis berdasarkan kepada pendekatan deskriptif. Kajian ini diharapkan berguna bagi para pelajar atau para penyelidik yang mengkaji konsep pemikiran. Amien Rais berkata bahawa yang dimaksudkan Tauhid Sosial adalah dimensi sosial dari tauhidullah yang bermaksud supaya tauhid Ilahiyah dan Rububiyyah yang sudah tertanam dikalangan kaum Muslimin dan Muslimah, boleh diturunkan lagi kedataran amalan sosial secara nyata. Dengan demikian, Islam menjadikan tauhid sebagai pusat dari semua orientasi nilai. Tauhid juga menuntut seseorang Muslim untuk melaksanakan fungsi keadilan, kerana kepedulian dan keprihatinan terhadap hak-hak kemanusiaan menghendaki adanya perilaku adil kepada Allah, sesama manusia, mahupun kepada persekitaran.,Sarjana
Pages: 110
Call Number: BP63.I5 M85 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81848+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
702.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.