Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458974
Title: Analisa wajh qira'at dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid
Authors: Muhad Bidin. (P46177)
Supervisor: Wan Nasyrudin bin Abdullah, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Wajh qira`a
Tafsir Tarjuman al-Mustafid
Issue Date: 4-Nov-2011
Description: Kajian ini bertujuan menganalisa dan menilai wajh qira`at dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid. Kitab ini merupakan kitab tafsir terawal di alam Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu secara lengkap oleh seorang ulama yang terkenal di Nusantara dikenali dengan nama Shaykh cAbd Rauf al-Fansuri pada abad yang ke 17. Di samping menyumbang kepada penafsiran ayat-ayat al-Qur`an, pengarang juga telah menjelaskan tentang wajh qira'at dari awal hingga akhir penulisan beliau. Secara tidak langsung beliau telah memperkenalkan ilmu qira`at kepada masyarakat Islam di Nusantara yang ketandusan bahan rujukan ilmu tersebut. Sepanjang penulisan beliau tentang wajh qira`at, secara umumnya beliau hanya memberi penumpuan kepada imam dan rawi yang tertentu sahaja. Sedangkan di awal penulisan, beliau telah memperkenalkan bilangan qurra' yang mutawatir seramai tujuh orang beserta dengan dua orang rawi bagi setiap mereka. Pendekatan wajh qira'at yang dikemukakan oleh pengarang juga didapati berlainan dengan pendekatan disiplin ilmu qira`at susunan Imam al-Shatibi yang disepakati sebagai qira`at yang mutawatirah. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan metode induktif, deduktif dan komperatif dalam penganalisan teks. Kajian ini mendedahkan Shaykh cAbd Rauf al-Fansuri telah mengemukakan wajh qira`atdalam surah al-Fatihah dan al-Baqarah menurut riwayat yang mutawatir secara tidak menyeluruh di mana sebahagian daripada pendekatan wajh qira`at dalam tafsir ini tidak menepati wajh qira`at menurut tariq al-Shatibi.,Sarjana
Pages: 178
Call Number: BP131.5 .M845 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81847+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.