Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458973
Title: Aspek balaghah dalam uslub al-muhawarah kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Musa A.S.
Authors: Khazri Osman. (P42682)
Supervisor: Ustaz Md. Nor bin Abdullah
Keywords: Qur'an-language
style.
Balaghah
Issue Date: 29-Dec-2011
Description: Kajian ini membincangkan aspek balaghah yang terdapat dalam ayat-ayat dialog kisah nabi Ibrahim a.s. dan nabi Musa a.s., yang terkandung dalam lebih daripada empat puluh lima surah dalam al-Quran. Kisah nabi kebiasannya dihuraikan dari aspek pengkisahan bermula daripada seseorang nabi itu dilahirkan dan berakhir dengan kewafatannya. Dalam masa yang sama, kebanyakan penulisan kurang membincangkan perbahasan terperinci ayat-ayat dialog yang terdapat dalam kisahkisah tersebut. Hasilnya, segelintir masyarakat tidak dapat memahami nilai ketinggian balaghah yang terdapat dalam al-Quran khusus dalam kisah-kisah berkenaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan mendedahkan peranan terperinci ilmu balaghah dalam uslub dialog. Untuk itu, kajian secara kualitatif dengan menggunapakai kaedah analisis dokumen atau secara kepustakaan dilakukan terhadap ayat-ayat dialog kisah nabi Ibrahim a.s. dan nabi Musa a.s. dengan menjadikan ilmu balaghah aspek bayan, ma c ani dan badi c sebagai asas penyelidikan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa gaya bahasa bayan, ma c ani dan badi c memainkan peranan penting dalam ayat dialog kisah para nabi dalam al-Quran selain dapat membantu para pengkaji bahasa Arab dan tafsir al-Quran al-Karim untuk mendalami i c jaz al-Quran. Justeru, dicadangkan supaya hasil kajian ini diketengahkan kepada masyarakat Islam agar mereka dapat menghayati kisah-kisah para rasul dalam al-Quran yang ditulis secara ilmiah sekaligus meningkatkan keimanan mereka kepada Allah s.w.t..,Sarjana
Pages: 215
Call Number: PJ6696.Z5 R45536 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81841+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.